,
Laman Utama

Universiti Oxford Wujudkan Anugerah Khas Peringati Saintis Kelahiran Malaysia

Shahrin Zulkifle
05/09/2022
23:00 MYT
Universiti Oxford akan mewujudkan anugerah khas sebagai tanda penghargaan terhadap saintis kelahiran Malaysia, Dr Ling Felce yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 1 Mac lalu.
Mendiang Dr Ling Felce disifatkan universiti itu sebagai saintis yang memiliki pemikiran luar biasa selepas melakukan kajian tindak balas imun terhadap COVID-19 sebelum kematiannya.
Menurut laporan portal berita BBC News, pengenalan anugerah khas itu akan diiringi bantuan kewangan untuk menyokong bimbingan latihan kepada penyelidik-penyelidik baharu.
Mendiang Dr Ling Felce merupakan tulang belakang di sebalik pembangunan biologi pengkomputeran sebaik tamat Program Latihan Data Sains Bioperubatan di Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall.
Pengarah Program yang juga Profesor Pengiraan Genom, David Sims turut menyifatkan mendiang sebagai seorang yang pintar dan menyenangkan sepanjang mengenalinya.
Sehubungan itu, Akademi Sains Perubatan Univesiti Oxford (CAMS) akan mewujudkan Anugerah Ling Felce yang menawarkan bantuan kewangan untuk anak muda yang berminat mengikuti program bergelar penyelidik biologi pengkomputeran.
Mendiang Dr Ling Felce dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berhijrah ke London pada 1991 bersama keluarganya.
Dia mengikuti pengajian biokimia di Universiti Oxford pada 2005 serta pernah mewakili universiti itu dalam sukan ragbi.
Ibu kepada dua cahaya mata itu maut selepas dirempuh oleh sebuah lori ketika sedang berbasikal di persimpangan St Clement's Street dan The Plain dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian susulan kecederaan parah.
Sumber- Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dirempuh Lori Ketika Berbasikal, Saintis Kelahiran Malaysia Di Universiti Oxford Meninggal Dunia

gempak
07/03/2022
22:11 MYT
Salam takziah buat keluarga Dr. Ling.
Laman Utama

Saintis Malaysia Di UK, Dr Serena Nik-Zainal Terima Anugerah Atas Penyelidikan Barah

gempak
30/08/2021
09:00 MYT
Anak Malaysia di mata dunia!
Berita

Saintis Malaysia Terlibat Dalam Penemuan Bersejarah Imej 'Black Hole'

gempak
11/04/2019
16:32 MYT
Berita

Demi Rakyat, Syed Saddiq Tolak Tawaran Biasiswa Ke Universiti Oxford

gempak
13/06/2018
07:33 MYT