HIBURAN
Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall Of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka
Universal Music Malaysia mengumumkan empat ikon muzik Malaysia yang paling berpengaruh bakal dipamerkan khas di Hall of Fame Malaysia yang bakal berlangsung di Pavilion Malaysia sempena Ekspo 2025 Osaka, Japan.
Menampilkan empat figura utama dalam dunia muzik Malaysia iaitu, Tan Sri P. Ramlee, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, dan kumpulan pop wanita DOLLA. pameran ini bukan sekadar mengimbau nostalgia atau meraikan pencapaian seni.
Salah seorang anggota kumpulan DOLLA, Tabby juga meluahkan keterujaannya apabila DOLLA turut terlibat dalam pameran Hall Of Fame Malaysia kali ini.
“Tahun 2025 merupakan tahun yang sangat mengujakan bagi kami. Kami telah meneroka pelbagai genre dan bunyi baharu, dan secara jujurnya, ia tentang pertumbuhan diri. Kami sentiasa berkembang, dan arah muzik baharu ini adalah cerminan keberanian kami untuk menjadi lebih tulen dalam karya seni kami,” katanyanya.
Begitu juga dengan Ernie Zakri yang turut meluahkan rasa syukur apabila kerjaya seni ini dihargai.
“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur pada masa yang sama kerana perjalanan kerjaya saya sepanjang beberapa tahun ini telah diiktiraf dan dihargai oleh semua, terutamanya para pendengar di Malaysia. Disebabkan kejayaan ini, nama saya kini telah ditempatkan di Hall of Fame Osaka,” kongsinya.
Bagaimanapun, Hall of Fame Malaysia merupakan tarikan budaya utama pavilion ini, meraikan kecemerlangan negara melalui penceritaan dan pengalaman audiovisual.
Ini bukan sekadar penghormatan — ia adalah satu pernyataan tentang jiwa kreatif Malaysia. Ekspo 2025 Osaka dijangka menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia, menjadikan Hall of Fame Malaysia sebagai pengalaman yang wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin memahami kedalaman dan kepelbagaian seni Malaysia
Must-Watch Video