Laman Utama
Uniknya! Idea Baru Duit Raya, Kini Dalam Bentuk Wafer Emas 999
Budaya memberi duit raya telah dilakukan oleh orang Melayu sejak dahulu lagi bila tibanya Aidilfitri.
Duit raya yang diberikan biasanya kepada kanak-kanak dan juga orang lebih tua itu adalah sebagai cenderhati kepada yang berkunjung atau menziarahi ketika musim perayaan.
Namun kini trend sudah sedikit berubah kerana ramai yang mula mempunyai kesedaran untuk melabur emas.
Malah menyimpan emas dalam bentuk jongkong atau pun barangan kemas di kalangan warga Malaysia semakin banyak.
Justeru, kedai emas Habib tampil dengan empat reka bentuk wafer emas 999 raya berunsurkan suasana hari raya sebagai pengganti duit raya seperti sebelum ini.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Sri Meer Habib, idea itu datang selepas melihat kesedaran serta peningkatan warga Malaysia yang semakin galak membeli emas.
“Kami lihat idea ini sesuai dengan trending rakyat Malaysia kini yang sudah mempunyai kesedaran untuk mengumpul serta melaburkan duit mereka ke dalam emas.
“Jadi ia lebih bermakna jika wafer emas ini diberikan sebagai pengganti kepada duit raya dan menjadi suatu yang istimewa untuk penerima terutama mungkin ibu bapa mereka nanti,” katanya.
Meer Habib ditemui selepas pelancaran bilik pameran terbaru yang ke-30 di Pusat Membeli-belah KL East Mall pada minggu lalu.
Menariknya, wafer emas raya itu dimasukkan dalam sampul duit raya dan mempunyai empat pilihan atau rekaan bentuk iaitu ketupat, rumah kampung, bunga api dan masjid yang menjadi simbolik di Aidilfitri.
Setiap wafer emas juga datang dengan sampul yang berwarna-warni. Ia turut dijual sebagai set edisi terhad dengan tanglung dan boleh diberi sebagai pengganti duit raya.
Setiap satu wafer itu dijual dengan harga emas 99 termasuk upah bernilai hanya RM118 dan untuk satu set 4 rekaan itu bernilai RM472.
Sempena lebaran ini, Habib turut mempamerkan koleksi raya terkini untuk kempen Rantaian Kasih yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain koleksi Oro Italia 916 terbaru, Grafetta dan juga Ananas, Habib melancarkan koleksi rantai leher panjang dengan loket bertatahkan berlian yang merupakan kesukaan ramai.
Kempen raya yang dinantikan bertema “Irama Aidilfitri” dipilih untuk membangkitkan emosi nostalgia raya yang suasana meriah, memandangkan ramai yang tidak berpeluang meraikan dengan keluarga tersayang tahun yang lalu.
Tema retro muzikal berwarna-warni selaras dengan kolaborasi Habib bersama Newsantara untuk melancarkan sebuah lagu raya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini selaras dengan slogan HABIB “The Gift of Happiness”.
Sementara itu, Habib turut menderma 300 keping Wafer Emas kepada Yayasan Pendidikan Insani di mana 100% jualan akan disumbangkan kepada yayasan ini. Yayasan Pendidikan Insani merupakan akademi yang menawarkan modul dan teknik berkaitan autisme dengan pegawai terlatih.
Must-Watch Video