,
Laman Utama

Unik Sungguh! Pusat Karaoke Ini Tawarkan Perkhidmatan Berkualiti Bebas Alkohol

Izwan Isa
20/05/2023
12:50 MYT
Jenama pusat karaoke tanpa alkohol, Loud Speaker membuka cawangannya yang ke-13 di pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengerusi Loud Speaker, Damien Soh berkata, objektif penubuhan cawangan baru tersebut adalah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.
“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dalam kalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.
“Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.
Cawangan ke-13 Loud Speaker menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.
Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi semata-mata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.
Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi persis artis rakaman terkemuka.
Bagi memperkenalkan cawangan terbaharu berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.
Pada majlis tersebut, Loud Speaker turut berbesar hati menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan kempen #JomSingOutLoud.
Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 Mei lalu dan akan berakhir pada 31 Mei ini.
Untuk mengambil bahagian menerusi kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.
Sempena pembukaan cawangan baharu, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Kecam Artis Berkaraoke Sakan Malam Ramadan - "Namamu Harus Sejajar Sama Bulan Ramadan"

gempak
14/03/2024
13:21 MYT
Netizen serang posting pelakon sinetron Indonesia.
Hiburan

ST12, Voice of Baceprot, Hijau Daun, Dimasyah Laitupa, Raffa Affar Berkaraoke Haru Birukan Panggung Fenix360 Live Indonesia

gempak
12/01/2024
10:40 MYT
FENIX360, platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis
Laman Utama

“Segan Sorang, Kena Bawa Tentera” - Jumpa Di Pusat Karaoke, Amylea Azizan Malu-Malu Pertama Kali Bertemu Suami

gempak
03/12/2023
12:55 MYT
Alahai comelnya Amylea bila malu-malu tu hehe.
Laman Utama

Ini Lima Perangai Kaki Karok, Korang Yang Jenis Mana Satu?

gempak
05/06/2022
09:00 MYT
Korang yang mana satu tu hehehe.
Laman Utama

Tak Perlu Sesak-Sesak Di Pusat Karaoke, Layan Jer Kat Rumah Sendiri... Cuba Popsical Ni, Siap Ada 3 Bulan Langganan Free!

gempak
22/10/2021
12:05 MYT
Layan jer karaoke kat rumah sendiri dengan sistem karaoke Popsical Remix II