,
Hiburan

Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

Izwan Isa
01/05/2024
16:25 MYT
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Seramai empat individu dengan ‘bakti’ persis adiwira telah dicalonkan dan mereka adalah:

Lee Weng Foong

Ketika umat Islam mahu kembali ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, Lee Weng Foong turun padang membantu membersihkan jalan bagi memudahkan pengguna jalan raya menggunakan jalan pintas mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Aliff Ahmad

Lelaki di sebalik kempen #JusticeForBella, yang memperjuangkan isu melibatkan individu istimewa bernama Bella.

Saharuddin Amirullah

Popular di TikTok, Saharuddin merupakan pempengaruh dan pencipta kandungan yang membantu mereka yang memerlukan.

Aleeya Zailan

Pempengaruh ini menjadi bualan apabila melakukan aktiviti amal iaitu memasak hidangan untuk didermakan kepada masjid.
Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mungkin Kena Sakit Jiwa” - Uncle Kentang

ARTIKEL BERKAITAN: Lando Jadi 'Adiwira' Selamat Nyawa Pengguna Jalan Raya

Undian dibuka bermula Rabu, 11.00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10.30 malam setiap akhir bulan. Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kapten Ahmad Zahiruddin Terharu Dipilih Sebagai Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Saya Betul-Betul Speechless”

gempak
09/08/2024
16:00 MYT
Seorang pengendali tren monorel di Kuala Lumpur, Kapten Ahmad Zahiruddin Nordin tidak menyangka dirinya telah tercalon dalam anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Julai.
Hiburan

Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalanan

gempak
22/06/2024
13:20 MYT
Pencinta dan penyelamat kucing jalanan, Nor Izyan Syahida atau Yayan tidak menyangka dirinya tercalon bagi anugerah Wonda Coffee Keluang Man of The Month untuk bulan ini.
Hiburan

Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

gempak
14/06/2024
07:32 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Aleeya Zailan akui terkejut apabila dinobatkan sebagai juara anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month pada 5 Jun lalu.
Viral

Undian Dibuka, XYZ Team, Yayan & Jiu Ming Ge Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

gempak
02/06/2024
14:25 MYT
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Keluang Man

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Jom Calonkan Individu Pilihan Anda Untuk Bulan Jun!

gempak
31/05/2024
13:55 MYT
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Gempak Most Wanted telah memperkenalkan kategori baharu iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!