,
Berita

Undi 18: RUU Lulus, Ahli Parlimen Beri Sokongan Majoriti Lebih Dua Pertiga

Kamaruddin Razal
16/07/2019
21:06 MYT
Barisan Ahli Parlimen Kerajaan dan Blok Pembangkang mencipta sejarah apabila memberi sokongan majoriti lebih dua pertiga bagi meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019, di Dewan Rakyat, semalam, lapor Astro Awani.
Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 211 ahli menyokong, melebihi jumlah yang diperlukan iaitu 148 orang.
RUU itu, yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bacaan kali kedua awal hari ini, bercadang meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.
Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Selain itu, RUU itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran warganegara secara automatik sejurus mereka mencapai umur 18 tahun.
Terdahulu, sewaktu menggulung RUU berkenaan, Dr Mahathir menjawab isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan yang melibatkan 59 orang Ahli Parlimen.
Antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) ingin mengetahui sama ada 3.9 juta pengundi yang telah melepasi umur 21 pada pilihan raya umum yang lepas, tetapi masih belum mengundi, akan turut didaftarkan secara automatik.
Perdana Menteri berkata, cadangan pendaftaran pemilih secara automatik akan turut meliputi 3.9 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun berkenaan, dan akan diberi keutamaan oleh SPR dalam pelaksanaan pendaftaran pemilih ini.
Berhubung cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin mengetahui sekiranya kerajaan bercadang mewajibkan pengundi berkelayakan keluar mengundi bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi, Dr Mahathir berkata, belum ada keperluan berbuat demikian.
“Kajian awal terhadap negara-negara yang telah mewajibkan pengundinya keluar mengundi juga tidak 10 mendapat 100 peratus keluar mengundi. Singapura mencapai 93.56 peratus, Australia 91.89 peratus diikuti oleh Belgium 88.3 peratus dan Austria 80 peratus.
“Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada warganegara yang layak untuk keluar mengundi,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tempoh pelaksanaan RUU ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana ianya akan menentukan hala tuju demokrasi negara.
“Penelitian kepada pelaksanaan ini adalah wajar bagi mengambil kira segenap aspek kebajikan bakal-bakal pengundi diberi keutamaan dan bukannya untuk memberi ruang kepada apa-apa agenda politik.
“Agensi-agensi pelaksana yang terlibat secara langsung sewajarnya diberi peluang dan ruang untuk membuat persediaan teratur, umpamanya dari segi integrasi data antara Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Unitar