Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
Gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Sponsor Banner
Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.

BERITA TRENDING: Uncle Mike Terima Anugerah Atas Jasa Membesarkan 3 Beradik Muslim Yatim Piatu

Michael atau lebih mesra dengan panggilan 'Uncle Mike' berkata, minatnya yang mendalam terhadap kerja kebajikan dan kerap mengikuti program rumah amal melalui kelab kereta yang disertai menemukan dirinya dengan tiga anak lelaki Melayu itu.
Atas sikap murninya yang ditunjukkan dan membuktikan nilai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama itu, ahli perniagaan berkenaan diangkat sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.
Lebih manis lagi, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah kepadanya yang menjadi satu-satunya penerima berbangsa Cina menerima penghargaan pada hari istimewa bagi masyarakat Islam itu.
"Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ini, terharu dan gembira bercampur baur. Tidak pernah sangka saya dari keluarga yang biasa ini dapat penghargaan sebegini rupa.
"Penghargaan ini memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk terus melakukan kebajikan dan tolong lebih ramai yang memerlukan," katanya.

BERITA TRENDING: "Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike

Menceritakan semula bagaimana bermula kisahnya mengambil tiga anak angkat berkenaan, ia bermula dengan pertemuan dengan seorang kanak-kanak Melayu yatim piatu lebih 16 tahun lalu di sebuah rumah anak yatim.
Menurutnya, pada mulanya dia hanya mengambil Rafei Ahmad Fauzi tinggal bersamanya yang pertama kali ditemui ketika berusia 12 tahun di rumah anak yatim di Gombak, Selangor.
Bagaimanapun, tidak sanggup melihat dua lagi adik Rafei bersedih kerana terpaksa berpisah, Michael memilih untuk menjaga ketiga-tiga mereka.
Kini, Rafei, 29, dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, sudah hampir 16 tahun bersamanya dan kasih sayang terhadap mereka tidak pernah pudar meskipun tiada pertalian darah dan tidak saling mengenali sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar