Gaya Hidup
Umur Eusoff 45 Hari, Sheikh Muszaphar Teruskan Tradisi Berkhatan Bayi Lelaki – “Lagi Awal Lagi Bagus”
Setiap lelaki yang beragama Islam pasti melaluinya - proses berkhatan. Bergantung kepada ibu bapa masing-masing, ada yang berkhatan ketika berusia enam tahun dan sebagainya. Malah, di kampung-kampung dahulu, upacara berkhatan sering dijalankan secara beramai-ramai.
Datuk Sheikh Muszaphar turut berkongsi kisah cahaya mata kembar lelakinya yang baru dilahirkan menjalani proses berkhatan pada usia 45 hari.
"Video - Immunisation & Sunat for Eusoff. Alhamdulillah, selesai berkhatan buat Eusoff. Digalakkan bersunat ketika bayi lagi. Lagi awal lagi bagus sebab mudah menjaga luka.
"Kami buat untuk Eusoff pada usianya 45 hari. Adam & Noah were at 60 days. Lebih mudah untuk menjaga luka kerana mereka masih tidak banyak bergerak," tulis Sheikh Muszaphar.
Tambah Sheikh Muszaphar, dia dan isteri turut melakukan imunisasi untuk anak-anak mengikut jadual yang telah ditetapkan.
"Mereka membesar dengan baik. Eusoff kini 3.7kg dan Emelia pula 3.4kg. Memberi susu ibu adalah pilihan terbaik untuk menjadikan mereka kuat dan sihat terutamanya dalam tempoh 6 bulan pertama.
"Perancangannya adalah untuk terus menyusukan mereka dengan susuan ibu sehingga mereka berusia setahun seperti anak-anak kami yang lain," tulis Sheikh Muszaphar lagi dalam Bahasa Inggeris.
Hasil perkahwinan Datuk Sheikh Muszaphar dan Datin Halina, mereka dikurniakan dengan enam orang cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta kembar lelaki dan perempuan Eusoff dan Emelia.
Must-Watch Video