,
Laman Utama

Umur 79 Tahun, Robert De Niro Timang Cahaya Mata Ketujuh

Maliah Surip
10/05/2023
14:54 MYT
Aktor senior Hollywood, Reboert De Niro mendedahkan dia baru menimang cahaya mata ketujuh.
Pengumuman tersebut dibuat sewaktu dirinya hadir ke acara Entertainment Tonight Canada untuk mempromosikan filem terbaharunya, About My Father.
De Niro memperbetulkan kenyataan yang dikeluarkan hos ET Canada, Brittnee Blair yang mengatakan aktor tersebut mempunyai enam anak.
“Tujuh sebenarnya. Saya baru menimang cahaya mata,” ujar aktor berusia 79 tahun itu seperti dilaparkan Insider.
Pemenang dua kali Oscar itu bagaimanapun tidak memperincikan siapa ibunya dan bila anak tersebut lahir.
Bintang filem The Godfather: Part 11 dan Meet the Parents itu diketahui mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan pertamanya bersama Diahnne Abbott.
Dia juga memiliki sepasang kembar lelaki hasil perkongsian hidup bersama pasangannya seorang model, Toukie Smith dan dua lagi anak dengan bekas isetrinya, Grace Hightower. Kesemua anak-anaknya berusia di antara 51 hingga 11 tahun.
Sementara itu berbicara mengenai filem terbarunya About My Father, De Niro mengaku dirinya bukan seorang bapa yang cool.
“Saya rasa semua ibu bapa melakukan hal yang sama seperti meletakkan syarat dan tidak terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak. Saya lakukan itu.
“Malah kadang-kadang saya juga ada berdebat dengan anak perempuan yang berusia 11 tahun, tetapi mereka tetap menghormati keputusan saya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.