,
Laman Utama

"Umur 17 Tahun Ratu Dah Operate Semua... Kecuali 'Bawah'" - Safiey Illias

Amri Hassan
21/06/2021
03:50 MYT
Penyanyi dan usahawan sensasi, Safiey Illias mendedahkan dirinya mula melakukan pembedahan kosmetik sejak berusia 17 tahun.
Kata Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias, 27, ketika usia itu dia sudah melakukan pelbagai jenis pembedahan kosmetik kecuali pembedahan penukaran jantina dan tengkorak.
"Oh, ratu dari umur 17 tahun ratu sudah operate semua kecuali bawah dan tengkorak. Potong rahang semua tak ada.
"Hidung, dahi, lesung pipit, kecilkan bibir, dagu, buat payudara dan sedut lemak.
"Masa umur 17 tu tak potong lagi (bawah tu) tapi datang SPM semua dah settle, lengkap dah. Gigi pun dah," katanya menerusi sepotong video yang tular di media sosial baru-baru ini. Dalam video berkenaan, kelihatan bahagian atas dahi Safiey masih punyai kesan berjahit selepas pelantun lagu Syinta Gila itu membuat pembedahan bagi menurunkan garis rambut.
Bagaimanapun, meninjau komen yang ditulis pengguna media sosial, rata-ratanya mengkritik pembedahan yang dilakukan Safiey dan menyifatkan hasilnya seperti watak animasi Jimmy Neutron.
"Dia operate jadi Jimmy Neutron ke?
"Buruknya,,, tak apa kan hina ciptaan Tuhan yang dah diubah?
"Operate beribu pun belum tentu nampak cantik, natural beauty ciptaan Allah tiada tandingan.
"Kadang-kadang kesian tengok dia ni ubah-ubah asyik tak jadi je.
"Macam mana budak 17 tahun dah boleh dapat kebenaran untuk buat plastik surgery ek? Ker memang ada law yang membenarkan?
"17 tahun dia dah banyak duit untuk operate, aku tengah fikir cukup tak minyak motor nak ulang alik kerja sampai gaji," tulis segelintir pengguna di Twitter.
Tahun lalu, pernah tular kenyataan Safiey menghabiskan jutaan ringgit bagi menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggungnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.