,
Laman Utama

“Umur 13 Tahun Ayah Dah Hantar Pergi Gym, Suruh Jadi Kasar…” – Zul Ariffin

Fiza Kamarudin
23/12/2021
12:40 MYT
Pelakon popular Zul Ariffin membuat satu perkongsian menarik di laman sosial Instagram (IG) mengenai kenangan ketika zaman remaja bersama bapanya.
Zul baru-baru ini pulang ke Taiping bersama bapanya selepas tiga tahun tidak pulang ke rumah mereka kerana masih belum mampu melupakan arwah ibu.
“Zul dan Ariffin, susah nak bergambar senyum sekali cam ni, last gambar kami senyum masa saya shoot film Sangkar 2018.
“Tiga tahun lebih tak balik rumah kat Taiping sebab still sedih tengok bilik my mom, dapur dia masak, laluan dan rutin dia yang saya memang hafal daripada kecik, finally Alhamdulillah I’m back,” katanya.
Menerusi hantaran sama, Zul turut mendedahkan mengenai dia dihantar ke gym oleh bapanya sejak berusia 13 tahun.
Kata Zul, tujuan bapanya berbuat demikian kerana mahu dia menjadi seorang yang ‘kasar’.
Ayahnya turut menyediakan besi angkat berat yang diperbuat daripada konkrit dan tin milo sebagai ganti peralatan gym tersebut kerana tidak mampu untuk membelinya.
“Umur 13 tahun ayah saya dah hantar saya ke gym suruh belajar, bukan suruh jadi bodybuilder, sebab dia suruh jadi kasar.
“Hari-hari dia tanya dah exercise? Angkat besi? Rare kan..Tetapi sekarang saya tahu kenapa daripada kecik dia suruh belajar macam tu.
“Jadi malam ini kami berposing dengan besi concrete dan tin milo yang legend, sendiri buat sebab mana ada duit dulu nak beli benda-benda macam ni.
“Gym pun pun tak banyak macam sekarang, tetapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan! Love you Ayah! 13 tahun naik dan turun dalam industri seni sebagai seorang pelakon saya tidak akan mengecewakan ayah kerana saya bawa nama ayah!,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, pelakon Norman Hakim turut berkongsi pengalaman sama apabila memberitahu dia juga memiliki dumbbell yang sama seperti Zul.
“Laaa ingat aku sorang je pakai tin milo dulu untuk barbell. Pastu tin susu cap junjung untuk dumbell! Kirim salam peluk cium your dad bro.
“Semoga Ayahanda sentiasa sihat di dalam lindungan, kasih sayang dan rahmatNya,” tulis Norman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Terus ‘Mendunia’ Di Pawagam, Don Dukun Raih RM5 Juta Kutipan

gempak
18/11/2024
05:22 MYT
Filem seram komedi Don Dukun terus sukses dengan meraih kutipan terkini iaitu sebanyak RM5 juta.
Hiburan

Ruhainies Difitnah Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Mohon Netizen Tak Terpedaya - “Saya Tahu Korang Lebih Bijak…”

gempak
10/11/2024
03:55 MYT
Pelakon Ruhainies berkongsi paparan skrin status yang dimuat naik sebuah portal berita yang menyebarkan cerita palsu berkaitan dengan dirinya.
Hiburan

Don Dukun Paling Laris! Raih Kutipan RM3 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

gempak
06/11/2024
07:25 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan.
Filem

Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”

gempak
06/11/2024
04:55 MYT
Aktor Zul Ariffin memaklumkan ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk program hiburan lawak selepas membintangi filem komedi seram, Don Dukun.
Filem

Don Dukun Kutip RM 2.1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
03/11/2024
06:00 MYT
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM 2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
Unitar