,
Berita

Umie Aida ‘Naik Hantu’, Zahida Rafik Bagi Klu?

Fiza Kamarudin
12/06/2019
07:36 MYT
Semalam, kecoh mengenai pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mendakwa dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.
Luahan perasaan Umie menerusi entri di laman Instagram (IG) miliknya itu mendapat pelbagai reaksi dan spekulasi oleh netizen di ruangan komen.
Malah, menerusi ruangan tersebut juga rakan-rakan artis turut berkongsi rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Umie. Antara tulisan yang menarik perhatian ialah apabila sahabat karib Umie, pelakon Zahida Rafik membalas komen netizen yang menghentam dan menuduh Umie ‘meroyan'.
Komen Zahida itu seperti memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga Umie sehingga menyebabkan dia membuat luahan sedih di IG.
“Saya harap suatu hari nanti ia akan berlaku kepada suami atau teman lelaki awak, selepas itu baru awak tahu apa rasanya. Jangan sesuka nak cakap saya batu api sebab awak tak tahu cerita, jadi…tolonglah ya,” tulisnya membalas komen seorang warga net.
Terdahulu, warga net tersebut meninggalkan komen seolah-olah mendakwa Zahida sebagai batu api kerana kerap berbalas komen dengan Umie.
Dalam pada itu menerusi IG story, Umie menjelaskan tujuan dia membuat pendedahan dikhianati sahabat baiknya itu bukan untuk mengaibkan sesiapa.
Sebaliknya hanya ingin meluahkan rasa sakit dan kecewa apabila dikhianati sahabat baik sendiri, apatah lagi ini bukan yang pertama kali.
“Aku pernah maafkan dia dan terima dia semula sebagai sahabatku. Kepercayaan ku musnah sekali lagi. Segala bukti jelas ku ada.
“Dan aku ‘text’ dia dengan baik dan merayu untuk dengar penjelasan dia walapupun ku ada bukti kukuh. Jawapan dia… ‘Maaf kerana kesilapan itu’.
“Habis maaf sebelum ini apa? Tak ada makna ke? Aku penat jadi bodoh, jadi pemaaf…Tapi orang ambil kesempatan atas kelemahan aku, aku penat!
“Dan aku tak mahu cakap benda ni lagi, aku nak move on! Bye!,” luahnya.
Foto: Cari.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar