,
Berita

Ujian Sampel Klinikal Mengesahkan Kematian Nur Dinie Damia Bukan Sebab Influenza A

Fiza Kamarudin
15/01/2020
02:01 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ujian sampel klinikal mendapati kematian Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, bukan disebabkan oleh jangkitan influenza.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.
Nur Dinie meninggal jam 10.48 malam Selasa lalu, akibat kegagalan buah pinggang dan hati selepas disyaki dijangkiti virus influenza.
Dalam kes berasingan KKM juga menurut Dr. Noor Hisham, mengambil maklum terhadap laporan media berhubung kematian seorang kanak-kanak kelainan upaya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil di Subang Jaya, Selangor minggu lepas.
Siasatan bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak berusia 12 tahun itu masih dijalankan.
Beliau turut mengumumkan bilangan wabak influenza-like-illness (ILI) menunjukkan peningkatan sejak minggu akhir Disember 2019 tetapi masih terkawal.
“Peningkatan ini dikesan di negeri Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Selangor, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak. Bilangan wabak ILI juga menunjukkan peningkatan, namun kejadian-kejadian wabak tersebut adalah dalam keadaan terkawal.
“Survelan influenza makmal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh juga menunjukkan peningkatan trend aktiviti virus influenza dalam persekitaran.
“Tiada sebarang kelainan atau perubahan/mutasi pada virus influenza yang menular pada ketika ini.
Dr. Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan antaranya kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer; mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi; mengamalkan adab batuk / bersin yang baik; tidak bergaul dengan orang yang bergejala flu; dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.
Sumber: MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.