,
Laman Utama

Uji Bakat Filem Keluang Man Dilanjutkan Sampai 27 Ogos Ini!

Syafiqah Jalal
18/08/2023
14:37 MYT
Pencarian bakal baru yang bersesuaian untuk watak utama Filem Keluang Man masih dibuka dan diteruskan hingga 27 Ogos ini.
Pencarian bakat yang bermula sejak 28 Julai lalu itu terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun.
Selain itu, mereka mencari pelakon yang fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap. Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan.
Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.
Sedang memulakan fasa pra-produksi, semua dialu-alukan untuk menyertai filem yang berasal dari siri animasi lagenda itu.
Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda.
Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum 3 minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format mp4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
10 bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, watak ikonik ini amat dekat dengan penonton dan cuba untuk meneroka bakat baru.
"Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam.
"Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keluangman.com atau kunjungi media sosial Instagram, Twitter, TikTok Astro Shaw atau Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.