,
Berita

Ugut Boikot, Peminat Buat Petisyen Kembalikan Johnny Depp di Filem Fantastic Beasts

Maliah Surip
11/11/2020
17:10 MYT
Beberapa hari lalu, peminat filem Fantastic Beasts dikejutkan dengan pengumuman Johnny Depp yang dibuang atau dipaksa tidak terbabit dalam naskhah tersebut.
Pengumuman itu disampai oleh Depp sendiri melalui kemas kini di akuan Instagramnya. Aktor itu antaranya mengatakan pihak produksi, Warner Bros meminta dirinya meninggalkan filem tersebut setelah beliau kalah dalam kes saman berkaitan melakukan kekerasan dan memukul bekas isterinya, Amber Heard minggu lalu.
"Saya diminta meninggalkan produksi ini dan saya menghormati permintaan mereka," tulis Depp di akaun Instagramnya.
Sebaik berita tersebut tersebar, peminat filem dan aktor ini terus membuat petisyen mendesak agar Depp dikekalkan dalam naskhah yang terinspirasi dari JK Rowling itu.
Melalui petisyen yang dibuat dengan judul Warner Bros, Bring Johnny Depp back as Gellert Grindelwald!!!, para peminat mencari sebanyak 150 ribu tandatangan yang menyokong Depp.
Petisyen itu kemudian diletak di laman Change.org dengan alasan pihak produksi tidak berlaku adil terhadap idola mereka.
Mereka menyasarkan 150 ribu tanda tangan dengan kini sudah memiliki lebih 130 ribu orang yang menandatangani petisyen tersebut.
Para peminat juga dikatakan mengancam akan memboikot film tersebut jika Depp tak kembali tampil.Sementara itu, biarpun kini sudah rasmi tidak akan membawa semula watak Gellert Grindelwald, namun Depp dilaporkan akan tetap menerima bayaran penuh!
The Hollywood Reporter mengatakan, satu sumber mendakwa Depp tetap akan menerima gaji atau bayaran penuh dari Warner Bros kerana perjanjian tersebut ada tertakluk di dalam salah satu syarat kontrak yang ditandatangani aktor tersebut.
"Kontrak itu disebut sebagai pay-or-play dan perjanjian itu memang biasanya dilakukan dalam kalangan aktor kelas A seperti Depp," kata sumber tersebut.
Menerusi laporan media antarabangsa, Depp sudah sempat menjalani penggambaran di filem Fantastic Beasts 3 yang berlangsung di London pada 20 September lalu.
Namun kerana kontroversi tersebut, dirinya 'dipecat' sebagai Gellert Grindelwald.
Pihak produksi kini dilaporkan sedang mencari pengganti baharu Depp yang telah terbabit dalam dua siri sebelumnya termasuk Fantastic Beasts and Where to Find Them (2016).
Kredit Foto: The Independent, Variety
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning

gempak
08/09/2024
21:53 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Hollywood

Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

gempak
29/08/2024
05:10 MYT
Didakwa sedang hangat bercinta dengan aktor, Johnny Depp, pelakon, Jenna Ortega tampil menjernihkan keadaan.
Hiburan

Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari

gempak
08/08/2024
15:55 MYT
Rapper Snoop Dogg diketahui menjadi ‘wajah’ Olimpik Paris 2024 buat kem atlet Amerika Syarikat.
Hiburan

Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80

gempak
29/07/2024
03:55 MYT
Nama penyanyi Judika memang sangat popular malah lagu-lagu miliknya menjadi kegemaran ramai peminat tidak kira dari Indonesia atau Malaysia.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.