gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dituduh Jadi ‘Penyondol’, Bekas Stylist Selebriti Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Tak Layan Lelaki Dah Kahwin…”
HIBURAN
“Dia Campak Buku Saya…” - Insiden Dimarahi Mas Idayu Masih Segar Dalam Ingatan Nadeera
HIBURAN
Kontroversi Anak Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Selamat Bersalin! DJ Panda Titip Doa Menyentuh Hati - “Kehadiran Mu Adalah Bukti…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ucapan ‘Your Husband’ Edika Yusof Raih Perhatian, Netizen Syak Dah Kembali Bersatu - “Moga Kekal Bahagia…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/08/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Ucapan ‘Your Husband’ Edika Yusof Raih Perhatian, Netizen Syak Dah Kembali Bersatu - “Moga Kekal Bahagia…”
Pelakon popular era 90-an, Edika Yusof menyorot perhatian netizen selepas memuat naik ucapan tahniah buat bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Edika menzahirkan ucapan tahniah kepada Nor Hidayah kerana dilantik sebagai duta untuk satu produk.
“Kamulah kekuatanku, wanita hebatku, Cinta dalam hidupku.
“Tiada apa yang tidak mampu kamu lakukan,setiap cabaran kamu tukarkan menjadi keajaiban. Segala hormat dan sanjungan untukmu, selalu. Aku sentiasa bangga denganmu.
“Dengan sepenuh cinta,Suamimu,” tulis Edika.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan hubungan pasangan itu dalam keadaan baik.
“Moga kekal bahagia till jannah, aamin aamin aamin ya rabbalalamin
“Your husband..?.. Alhamdulilahhhhhh..semoga bahgia hingga ke Jannah Aamiin
“Alhamdulillah...🤲 Semoga bahagia hingga Jannah..Allahumma..Aamiin..
“Alhamdulillah dah rujuk congratulations
“Your Husband? Alhamdulillah,” tulis netizen.
Sebelum ini, Edika Yusof menarik perhatian netizen selepas memuat naik sekeping gambar bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, foto tersebut merakam Edika dan Hidayah sedang duduk bersebelahan sambil tersenyum memandang kamera.
Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei lalu.
Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20.
Topic Berkaitan
#Edika Yusof
#Rujuk
#Nor Hidayah Yusri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement