Hiburan
Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”
Anggota kumpulan Bocey, Achey menitipkan ucapan hari jadi kepada Allahyarham Abam yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Achey di akaun Facebook miliknya, dia menitipkan rasa rindu dan akan sentiasa mengingati momen lucu bersama arwah Abam.
“Happy birthday brother, mudah sikit ingat sebab birthday kau sama dengan kakak aku @nordianahamzah.
“Kesedihan takda, rindu je ada ni. Kenapa kesedihan tu hilang? Sebab kau orang baik, aku kena bangga, bukan sedih.
“Sekarang berborak dengan @fadbocey semuanya kelucuan kita yang lalu je. Sebab benda tu boleh buat macam kau ada dengan kami.
“Penat rasa kehilangan kau, walaupun penat tu berbaloi bagi kami untuk terus doakan kau.
“Jadi solutionnya sentiasa bercerita pasal kita, sesama kita. Santai dan lebih tenang untuk sentiasa mengingati kita bertiga,” luah Achey di hantaran tersebut.
Berita Trending: Pemulangan Gelang Xylobands Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Catat Peratusan…
Dalam pada itu, walaupun sibuk bekerja, Achey turut memberitahu dia dan Fad Bocey akan sentiasa bercerita tentang Allahyarham Abam untuk mengingati sahabatnya itu.“Walaupun Fad ada kerja dia, aku ada kerja aku dan kau di negeri abadi, kalau aku jumpa Fad konsepnya sekarang itu lah seperti di atas, bercerita dan terus bercerita,” tambahnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut turut mengundang rasa sebak netizen yang dapat melihat keakraban mereka dan rata-ratanya turut menitipkan doa kepada Allahyarham Abam.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Must-Watch Video