gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Salman Farish Mohon Maaf - "Niat Saya Bukan Untuk Memalukan, Tapi Timbulkan Kesedaran"
HIBURAN
Hanya Wajah ‘Bersih’, Adam Levine Berhenti Cacah Tatu
HIBURAN
“Artis & Influencer Ini Make Up Diorang Tak Solat Ke? Hmm Ada Lagi Soalan Macam Ini” - Zulin Aziz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ubai ‘Buru’ Individu Komen Fitnah, Dakwa Hanya Shila Amzah Bekerja Untuk Tanggung Keluarga - “Bukan Kata Dah Berhenti…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
15/07/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Ubai ‘Buru’ Individu Komen Fitnah, Dakwa Hanya Shila Amzah Bekerja Untuk Tanggung Keluarga - “Bukan Kata Dah Berhenti…”
Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pempengaruh Ubai MZ mencari individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap dirinya dan isteri.

Komen fitnah

Menerusi perkongsian di TikTok, Ubai turut memuat naik semua komen individu tersebut yang menuduhnya tidak bekerja dan hanya Shila sahaja menanggung kehidupan mereka sekeluarga.

“Ubai ni kerje apa? Bukan kata dah berhenti kerja ke? Berkebun katanya dulu? Dia viralkan sebab nak beritahu dia ada keje kot. Harap dia kerje la.

“Sebab tengok macam Shila Amzah saja bekerja… sampai hamil, nak bersalin pun Shila masih bekerja,” tulis individu itu.

Tuduh Shila jadi punca

Bukan itu sahaja, Ubai turut berkongsi satu lagi hantaran individu itu menuduh Shila yang menjadi punca penyanyi Datuk Amy Search menyerangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Dedah Terima Banyak DM Rakan Artis Kongsi Alami Perkara Sama - “Saya Sangat Kecewa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Berhenti Kaitkan Nabila Huda, Shila Amzah Dakwa Ada Sesuatu ‘Cucuk’ Amy Search - “He’s Not Alone

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Betina Yang Porak-Perandakan Ni?” – Nabila Huda Muat Naik Video Monolog Part 2, Shila Amzah Pun Ada Komen

“Dalam artikel tulis Shila Amzah mencampuri urusan keluarga Amy Search (jaga tepi kain orang). Bila kena herdik, buat laporan polis... tulah lain kali jangan sibuk hal keluarga orang.
“Sebab keluarga sendiri pun berantakan sebelum ni Shila Amzah oiii.. tulah pelik juga, ayat kau tahulah nasib kau nanti tu… macam dia dah menjolok sarang tebuan Shila Amzah ni.

“Kalau tak mustahil Amy nak keluar ayat tu. Kita belum sampai tingkat umur Amy… umur macam tu dorang bukan sembarangan nak marah di khalayak ramai.

“Mesti ada yang mencabar dia kaw kaw. No wonder Shila Amzah dan pengurus tak nak sebut nama dan cerita apa kes. Rupanya dia kena sound Amy sebab campur urusan keluarga Amy.
“Kau untunglah Amy Search diam saja tak nak berbising kat media sosial… kalau tak malu oiiii family sendiri bermasalah besar nak campur urusan keluarga orang lain pula,” katanya lagi.
Enggan berdiam diri, Ubai menerusi kapsyen di perkongsian itu meminta orang ramai untuk membantunya mencari individu tersebut.
“Bagi sesiapa yang mengenali beliau, boleh tak hubungkan saya dengan beliau? Sebab ada beberapa perkara nak berbincang,” kata Ubai.
Topic Berkaitan
#Amy Search
#Shila Amzah
#Ubai
#Suami Shila
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement