BERITA
Budak Disumbat Dalam Bagasi Ketika Naik Bas
Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan selepas menaiki bas dengan kanak-kanak berusia dua tahun yang disumbat dalam bagasi.
Jurucakap polis New Zealand, Simon Harris berkata, pelaku telah berdepan tuduhan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
Perbuatannya terbongkar selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada depot bas di Kaiwaka terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Auckland.
“Pemandu bas tersebut berasa curiga apabila melihat beg bergerak-gerak.
"Dia terkejut apabila menemui mangsa hampir lemas kerana kepanasan selepas membuka beg itu. Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan pada fizikalnya,” ujar Harris.
Difahamkan, beg itu ditempatkan di ruang bagasi di bawah bas berkenaan.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video