,
Berita

UAE Benarkan Minum Arak & Pasangan Belum Berkahwin Tinggal Serumah

Amri Hassan
13/11/2020
04:20 MYT
Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini telah mengumumkan rombakan besar sistem undang-undang syariah di negara mereka.
Berdasarkan undang-undang baharu itu, negara tersebut membenarkan pengambilan minuman beralkohol selain membolehkan pasangan yang belum berkahwin tinggal serumah.
Memetik laporan portal berita UAE, The National, di bawah peraturan baharu ini, mereka yang mahu mengambil atau memiliki minuman keras perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan sesiapa yang didapati menjual minuman berkenaan kepada pengguna bawah umur akan dikenakan hukuman.
Pengambilan minuman keras hanya boleh dilakukan di tempat tertutup atau lokasi awam berlesen.
Negara berkenaan mula menamatkan sistem lesen minuman keras untuk penduduk di UAE sejak September lalu.
Sebelum ini, pengguna perlu memiliki lesen untuk membeli atau memiliki minuman keras namun, peraturan baharu ini tidak lagi terpakai dan ia turut meliputi warga UAE.
Selain itu, buat pertama kalinya, undang-undang baharu itu turut membenarkan pasangan belum berkahwin untuk tinggal bersama.
Sebelum ini, pasangan yang tidak mempunyai ikatan sah atau rakan serumah berlainan jantina tidak dibenarkan tinggal bersama.
Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar peraturan berkenaan.
Pengumuman dasar baharu itu diumumkan Sabtu lalu dan ia dilaksanakan bagi memastikan bahawa undang-undang UAE memenuhi keperluan berbeza dari semua latar belakang, agama dan warganegara memandangkan individu dari hampir 200 negara menetap di UAE.
Pembaharuan ini mempengaruhi undang-undang berkaitan perceraian, wasiat dan pembahagian harta, alkohol, bunuh diri dan perlindungan wanita.
The New York Times melaporkan, undang-undang baharu itu diperkenalkan sebagai usaha untuk meletakkan UAE sebagai jenama global untuk menarik pelancong asing, profesional dan pelabur.
Hampir 90 peratus daripada 10 juta penduduk di UAE adalah warga asing khususnya dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Arab.
Foto: The Islamic Information
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tunggang Basikal Dalam Keadaan Mabuk Di Jepun Akan Dipenjara, Denda

gempak
30/08/2024
23:15 MYT
Jepun memutuskan pada Jumaat untuk melaksanakan pindaan Akta Lalu Lintas Jalan pada 1 November, yang memperkenalkan hukuman penjara dan denda bagi mereka yang menunggang basikal di bawah pengaruh alkohol
Sukan

Betul Ke Polis Jerman Galak Peminat Euro 2024 Hisap Ganja, Elak Minum Alkohol?

gempak
16/06/2024
13:49 MYT
Pesta sukan terbesar dunia, Euro 2024 sudah bermula sejak 15 Jun dan akan berakhir pada 14 Julai 2024.
Laman Utama

Sunny Deol Tidak Faham Kenapa Orang Suka Arak, Dedah Punca Tak Minum Alkohol

gempak
17/10/2023
11:20 MYT
Sunny Deol tak suka arak!
Laman Utama

Tom Holland Kongsi Pengalaman Berhenti Minum Alkohol: “Keputusan Terbaik Dalam Hidup”

gempak
12/07/2023
14:45 MYT
Kata bintang The Spider-Man: Far From Home ini, dia seorang peminum alkohol tegar
Laman Utama

Kalah Bertanding, Influencer Maut Lepas Minum Alkohol Secara Langsung

gempak
23/05/2023
09:47 MYT
User Brother Three Thousand didakwa telah meminum sekurang-kurangnya tujuh botol alkohol