,
Laman Utama

Tuntut Nafkah RM1.8 Juta Sebulan, Sosialitas Singapura Ini Pernah Jual Beg Hermes Untuk Hidup

Maliah Surip
06/10/2021
14:50 MYT
Seorang sosialitas dari Singapura, Jamie Chua mencuri perhatian apabila mengaku beberapa buah koleksi beg jenama mewah miliknya, Hermes, pernah menjadi 'penyelamat' sewaktu dirinya dalam fasa proses perceraian dengan mantan suaminya, Nurdian Cuaca.
Jamie yang berkahwin dengan taikun asal Indonesia selama 15 tahun dan dikurniakan 2 orang anak itu mengaku sebelum memperoleh tuntutan nafkah dari Nurdian, dia menjual beberapa tas miliknya sebagai kelangsungan hidup.
Lebih tepat, Jamie mengatakan hasil penjualan beg beg tersebut dilakukan untuk menyara kehidupan dua anaknya.
Ironi, Jamie kemudian menerima nafkah sebesar RM1.8 juta sebulan selepas bercerai daripada mantan suaminya pada tahun 2011. Perceraian tersebut membabitkan banyak 'pergelutan' harta untuk dikongsi dan dibahagikan memandangkan Jamie dan Nurdian memiliki beberapa perniagaan secara bersama.
"Selama perceraianku, saya sebenarnya menjual banyak tas Birkin untuk memberi makan anak-anakku," ujarnya seperti dilaporkan Asiaone.
Bekas pramugari itu membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu dalam podcast Pass the Power with Paige Parker dengan tajuk Beyond the Birkins, baru baru ini.
Menerusi temubual berdurasi sekitar 48 minit itu, Jamie yang juga cukup terkenal sebagai pempengaruh berkongsi mengenai hobinya mengumpul koleksi beg dari jenama mewah tersebut.
Memiliki lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, James mengaku membeli Birkin yang pertama sewaktu berusia 31 tahun.
Koleksi koleksinya disimpan dengan baik, dan setelah menjual beberapa buah, Jamie mengatakan dia masih mampu menerima pulangan yang baik.
"Nilai beg ini sangat tinggi dan ia adalah pelaburan yang sangat baik," katanya lagi.
Menurut laporan TheAsianParent, Jamie memiliki lebih 200 koleksi beg jenama Hermes. Dianggarkan harga sebuah Hermes bermula sekitar RM34, 000 dan mencecah sehingga RM1.2 juta!
Instagram: @ec24m
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.