,
Hiburan

Tunjukan Bakat Lakonan! Pencarian Pelakon Untuk Watak Filem Projek: Kahar

Mya Amri
04/03/2024
13:46 MYT
Penerbit Astro Shaw telah mengumumkan bakal mengangkat watak utama daripada drama premium penuh fenomena, Projek: High Council iaitu Kahar, ke layar perak pada penghujung tahun ini.
Masih mengekalkan pelakon utamanya, Amir Ahnaf, filem bertajuk Projek: Kahar ini merupakan prekuel dan sekuel kepada drama premium tersebut.
Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Projek: Anchor SPM dan juga filem Pusaka iaitu Razaisyam Rashid.
Manakala penulisnya pula dari pengarah Projek: High Council dan Polis Evo, Anwari Ashraf.
Sementara itu, pihak Astro Shaw bakal mengadakan sesi pencarian pelakon yang bersesuaian bagi dua watak utama yang lain, iaitu watak Beja dan Megat. Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 4 Mac ini sehingga 16 Mac.
Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 18 tahun ke atas dan boleh memberi komitmen untuk fasa pre-produksi dan produksi filem bermula bulan April ini sehingga Julai hadapan.
Bagi yang berminat, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
• Langkah satu : Muat naik video berdurasi 1 minit 30 saat yang mengandungi pengenalan diri anda dan kenapa anda minat dengan Projek : High Council dan kenapa anda mahu menjadi sebahagian Projek : Kahar (durasi 30 saat).
• Langkah kedua : Pilih salah satu babak dari siri Projek : High Council dan lakon semula babak tersebut sebagai satu watak (durasi 1 minit).
• Langkah ketiga : Muat naik video tersebut di platform TikTok dengan menggunakan #AkuProjekKahar. Dan tekan butang hantar. Pastikan akaun TikTok anda tidak private.
• Langkah empat : Hantar link TikTok anda ke borang penyertaan.
• Langkah ke lima : Borang Penyertaan boleh didapati di Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak dan imbas QR kod bagi menghantar butiran anda beserta muat naik dua gambar anda (gambar penuh / full shot dan gambar portrait/ mug shot) dan tekan butang hantar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.