gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Pertama Di Kuala Lumpur Selepas 16 Tahun, Dadali Umum Bakal Hasilkan Filem ‘Sebuah Kisah’
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Rayme, Aril Eles Rampas Kembali Kedudukan The Five! Perjalanan Khalyn & Faysal Saad Terhenti Di Minggu Ketiga
SUKAN
500 Pelumba Cilik Serikan M8 Langkawi Runbike 2025, Saingan Antarabangsa Makin Sengit
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dituduh Menumpang Glamour, Pablo Amirul Pertahan Kekasih, Dr Hana - “Saya Pun Bukan Popular Sangat Cuma Dikenali Saja”

Umirah Halim
Umirah Halim
06/07/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Menumpang Glamour, Pablo Amirul Pertahan Kekasih, Dr Hana - “Saya Pun Bukan Popular Sangat Cuma Dikenali Saja”
Pelakon, Pablo Amirul tampil mempertahankan kekasihnya, Dr Hana daripada tuduhan netizen yang mendakwa wanita itu hanya menumpang popularitinya untuk meraih perhatian di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Pablo atau nama sebenarnya Mohd Amirul Zamirrullah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang mengambil gambar Dr Hana.
Menurut Pablo, kekasihnya itu bukanlah individu yang gemar tampil di hadapan kamera, malah sukar untuk membenarkan orang lain mengambil gambarnya kerana pengalaman lampau bersama bekas kekasih yang disifatkan sebagai toksik.
@pabloamirulofficial Topic: Dealing with her @drhanarose05 ♬ original sound - Pabloamirul
“Seorang yang susah nak ambil gambar, hanya ambil gambar sendiri guna telefon dia. Lambat lagi nak dapat gambar dari Pablo. Self-obsession! Tapi saya tetap sayang dia sebab dia pandai edit (tanpa paksaan),” tulisnya di kapsyen.
Tambah Pablo, Dr Hana memilih untuk tidak terlalu menonjol di media sosial kerana tidak mahu sekali lagi berdepan tuduhan ‘menumpang populariti’ seperti yang berlaku dalam hubungan terdahulu.
“Dia tak mahu diekspos sebab tak nak dituduh lagi. Bekas teman lelaki dia dulu pernah sebar cerita kononnya dia tumpang populariti.
“Tapi dalam kes saya, Hana tak tumpang langsung sebab memang saya yang nak kongsi tentang dia dan apa yang kami nak buat bersama di media sosial,” katanya lagi.
Menurut Pablo, hanya individu yang tidak berpendidikan akan menuduh pasangan mereka menumpang populariti, sedangkan hubungan seharusnya dibina atas dasar saling menghargai.
“Pablo bukan macam bekas dia dulu. Hanya orang yang uneducated jer yang akan cakap macam tu. Saya bukan orang macam tu dan kami baik-baik saja,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo itu turut menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah sekiranya Dr Hana menggunakan gambar mereka bersama untuk kandungan peribadi.
“Gunalah gambar saya, tiada Pablo akan ungkit atau cakap dia tumpang populariti. Pablo pun bukanlah popular sangat, cuma dikenali sahaja!” katanya dengan nada bersahaja.
“Jangan cakap Hana tak upload video kami di TikTok. Boleh layan kat Rumah Merah Dr Hana Rose. Kami buat konten bersama. Jadi, be nice and just enjoy it,” katanya.
Sebelum ini, Pablo memberitahu hubungan dia bersama Dr. Hana sudah mendapat restu keluarga.
Enggan membuang masa terlalu lama bercinta, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga apabila tiba waktu sesuai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement