,
Laman Utama

"Tunjuk Bod*h Sendiri" - Biadap Dengan Pekerja Drive Thru, Lelaki Dikecam Teruk Oleh Netizen!

Azwa Rahman
30/01/2022
09:40 MYT
Tindakan seorang lelaki memarahi pekerja restoran makanan segera kerana tidak berpuas hati dengan layanan diterimanya ketika memesan makanan secara pandu lalu mengundang kecaman orang ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @elorakdshn di laman Twitter, dia merasa marah dengan tindakan lelaki itu yang dianggap keterlaluan.
“Sumpah aku panas hati tengok lelaki ini cakap kasar dengan pekerja tersebut.
“Pekerja itu hanya tanya semula ingin berapa ketul ayam, mungkin dengan pekerja marhaen kau berani tunjuk hebat,” ciapnya.
Menerusi rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut, difahamkan, pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sebelum lelaki berkenaan didakwa meninggi suara sekali gus bertukar menjadi lebih emosi. Lelaki itu kemudian menuju ke kaunter juruwang untuk membuat pembayaran dan mula menunjukkan reaksi muka yang kurang senang ketika perlu menunggu wang bakinya.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Tak perlu minta maaf, dah salah tetap salah, aku tengah panas ni,” katanya tanpa menghiraukan permohonan maaf yang dibuat oleh pekerja tersebut.
Kejadian itu mendapat reaksi negatif netizen yang menyifatkan lelaki itu bersikap biadab.
“Inilah jadi bila semua benda nak rekod buat content. Nak order Mcd, pasang camera dulu, takkan nak buat rileks kan? Mesti la tunjuk bodo sendiri kat orang,” komen seorang wargamaya.
“Panas aku tengok video ni. I rasa dia memang dah planned nak buat content, takkan tiba tiba je nak record sendiri order barang dari McD. And cashier tu dah baik dah, what is this behavior lah omg!” ujar seorang wargamaya.
Rude much?? Dia order pun lambat. Depan tu baru nak tanya. Usually kat drive thru orang dah fikir nak makan apa, if takde, nak order apa especially menu yang limited or mcm nasi lemak usually menu breakfast. Tanya banyak mcm tu, orang confuse la. Kalau nak lama gini pegi masuk la woi,” tambah seorang wargamaya.
“I pernah kerja starbucks Drive Thru. Customer macam ni lah yang paling sial tau tak and also antara punca bad mood. Sambil ambik order sambil tangan bergerak kira duit baki untuk customer dekat cashier, ambik order sambil buat air pun. Haa kau faham tak struggle tu,” luah seorang wargamaya lagi.
Difaham lelaki tersebut telah memadam video berkenaan dan turut menukar akaun laman sosialnya kepada mod private.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita India Suapkan Makanan Pada Pesakit Lain Buat Netizen Sebak - “Jatuh Air Mata Aku…”

gempak
08/06/2024
01:01 MYT
Tular satu video di TikTok memperlihatkan seorang wanita berbangsa India sedang menyuapkan makanan kepada pesakit lelaki di wad di sebuah hospital.
Laman Utama

[VIDEO] Sekumpulan Remaja Perempuan Tunggang Kuda Drive Thru McD Beli Supper… Mampu?

gempak
25/05/2023
23:50 MYT
Memang epik!
Laman Utama

Polis Tahan Lelaki Berusia 23 Tahun Letak Vape Di Mulut Bayi

gempak
09/08/2022
03:21 MYT
Semoga bayi sihat sahaja.
Laman Utama

[VIDEO] “Macam Tu Je Dia Tarik?” - Netizen Terpesona Dengar Suara Ziana Zain 'Perform' Kedai Makan

gempak
27/07/2022
06:42 MYT
Suara Ziana Zain memang dari dulu power
Laman Utama

[VIDEO] Minat Lori Sampah, Netizen Sebak Kanak-Kanak Ini Hargai Pekerja Pembersihan - “Kerja Angkat Sampah Baik..”

gempak
02/06/2022
04:39 MYT
Pupuk minat adik ni.