,
Berita

Tunggu Alat Alih MH2718 Dari Kuala Lumpur

Syafiqah Jalal
09/04/2017
05:32 MYT
Malaysia Airlines (MAS) dan pihak berkuasa Lapangan Terbang Sibu kini dalam usaha mengalihkan pesawat penerbangan MH2718 yang tergelincir, malam tadi, keluar dari landasan.
MAS dalam kenyataannya, hari ini, berkata, pihaknya sudah menghantar peralatan mengalih pesawat dari Kuala Lumpur untuk operasi pengalihan dijalankan.
Menurutnya, Lapangan Terbang Sibu akan ditutup sehingga 8 malam ini, untuk memastikan operasi pengalihan pesawat dijalankan.
"Malaysia Airlines akan menghantar kit pemulihan pesawat dari Kuala Lumpur untuk membawa keluar pesawat B737-800 dari landasan penerbangan.
"Pasukan siasatan pesawat juga dalam perjalanan ke lokasi kejadian. Bagi membolehkan proses pengalihan pesawat itu, Lapangan Terbang Sibu akan ditutup buat sementara waktu hingga 8 malam ini.
"Lantaran itu, Malaysia Airlines membatalkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sibu pada 9 April 2017," memetik kenyataan tersebut.
Semua penumpang dan anak kapal sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mereka disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"MAS akan memberikan kerjasama penuh sepanjang penyiasatan insiden ini dijalankan," katanya.
Dalam kejadian 10.17 malam tadi, pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur ke Sibu tergelincir ketika mendarat berikutan hujan lebat.
Semua 61 penumpang termasuk dua kanak-kanak serta enam anak kapal berjaya keluar daripada pesawat Boeing 737-800 itu menggunakan pintu kecemasan.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani Foto: FB Muhd Badrul Aman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

gempak
21/08/2024
04:50 MYT
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Berita

Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

gempak
20/06/2024
09:19 MYT
Gara-gara mengalami kegagalan enjin, sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India.
Viral

Wanita Maut Jatuh Tingkap Tingkat 3 Lepas Tergelincir Dari Treadmill, Polis Siasat Pengurusan Gimnasium

gempak
20/06/2024
01:55 MYT
Polis sedang menyiasat dakwaan kecuaian pihak pengurusan K-Gym Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia susulan kejadian seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan ketika menggunakan treadmill.
Berita

Isyarat Baharu MH370 Dikesan Di Australia Barat

gempak
19/06/2024
11:53 MYT
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.