,
Laman Utama

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!

Amri Hassan
05/12/2023
17:29 MYT
Berita baik untuk para peminat Ungu! Band popular dari Indonesia itu mendengar keluhan dan permintaan peminat mereka dengan membuka satu kategori baharu sempena konsert Mayapada Ungu 30 Hits Timeless yang dijadual berlangsung pada 25 Februari 2024 nanti.

BERITA TRENDING: "Exists Ini Saya Suka Lagunya, Namun Belum Pernah Jumpa Orangnya” - Pasha Ungu

Zon UNGU memenuhi permintaan ramai yang mahu menghayati lagu-lagu indah Ungu yang rata-rata ingin duduk santai sambil sing along.
Kategori UNGU dibuka untuk penonton yang lebih selesa untuk duduk (mungkin atas faktor usia atau faktor dengan bersama pasangan).
Tiket untuk kategori UNGU dijual dengan harga RM368 (percuma lanyard & tag UNGU) dan akan mula dibuka jualannya pada 6 Disember 2023 pukul 11 pagi.
Peminat boleh dapatkan tiket masing-masing di www.ticket2u.com.my
Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur - 30 Hits Timeless yang akan berlangsung di Mega Star Arena pada 25 Februari 2024.
Konsert anjuran Icon Entertainment dan AKE Group itu bakal menyampaikan medley lagu-lagu popular dari Malaysia dan Indonesia sebagai hadiah buat penonton.
Selain Pasha, Ungu yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini turut dianggotai oleh Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass) dan Rowman (dram).
Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu antara lagu Ungu yang meledak bukan hanya di negara kelahiran, Indonesia, malah juga Malaysia, meskipun ada yang mencapai usia lebih 10 tahun.

PILIHAN PEMBACA: Tidak Dikomersilkan, Pasha Ungu Ciptakan Lagu Tentang Palestina

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.