Laman Utama
Tunai Janji, Naim Daniel Potong Rambut Secara Langsung Sempena Lagu Purnama Trending Nombor Satu
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menunaikan janji untuk memotong rambut secara langsung bersempena video muzik lagu terbarunya, Purnama trending nombor satu di laman YouTube.
Menerusi laman sosial Instagram, Naim berkongsi video siaran langsung yang dilakukan pada malam tadi untuk tatapan umum.
“Janji untuk PURNAMANAIM. Alhamdulillah semua kita berjaya trending nombor 1 di YouTube. Terima kasih semuanya. Moga Allah memeluk kalian semua,” tulis Naim sebagai kapsyen.
Apa yang menarik perhatian wargamaya adalah Naim hanya memotong sebahagian kecil rambutnya di bahagian hujung, dan bukannya pendek atau berkepala botak seperti jangkaan ramai.
Aksi tersebut mengundang komen wargamaya yang rata-ratanya rasa terhibur kerana memahami situasi Naim yang masih di dalam proses kuarantin COVID-19.
“Mati-mati ingat bang non potong rambut pendek tapi sikit je potong ya Allah,” kata seorang wargamaya.
“Takpe la, janji bang non happy. Kami okay je sebab kena scam pun reramai,” usik seorang wargamaya.
“Yeay tak potong. Love gila bang non rambut panjang,” sokong seorang wargamaya.
“Tengah kuarantin kan tak boleh keluar potong rambut, jadi potong la sendiri. Sikit pun jadi la janji dah tunai janji kat korang,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah Naim! Terbaik sangat lagu Purnama, love!” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.
Terkini, Naim tampil dengan sebuah lagu terbaru berjudul Purnama yang kini video muziknya telah mencecah hampir 1.2 juta tontonan sejak enam hari ditayangkan.
Must-Watch Video