BERITA
Tun M Buka Kapsul Masa Ditanam Lebih 28 Tahun Di Menara KL
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuka kapsul masa Wawasan 2020 yang telah disimpan sejak 1 Oktober 1996 dalam satu majlis khas yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.
Kapsul bersejarah berusia lebih 28 tahun itu mengandungi pelbagai barangan simbolik yang mencerminkan aspirasi dan harapan negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, sebagaimana yang digariskan dalam gagasan Wawasan 2020 yang diperkenalkan Dr Mahathir.
Dalam majlis tersebut, Dr Mahathir secara simbolik membuka kapsul berkenaan dan memperlihatkan kandungan di dalamnya yang mencerminkan visi dan harapan besar Malaysia ketika beliau melancarkan gagasan Wawasan 2020 hampir tiga dekad lalu.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video