,
Berita

Tun M Bakal Umum Pengganti Maszlee Tidak Lama Lagi

Asraf Aided
02/01/2020
14:10 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan yang akan berkuatkuasa pada 3 Januari 2020, lapor AWANI.
"Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota kabinet.
"Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Perdana Menteri turut memaklumkan Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Khamis.
Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.
"Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama," kata Maszlee.
Maszlee menjelaskan beliau membuat keputusan untuk mengosongkan jawatan berkenaan selepas mendapat nasihat daripada Dr Mahathir.
"Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maslee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan kepada perdana menteri, berkuat kuasa 3 Januari 2020," katanya.
Sumber : Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

gempak
30/06/2024
07:50 MYT
Sepotong video memaparkan profil TikTok bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya mengikuti seorang pengguna iaitu ushawan muda, Khairul Aming berjaya mendapat perhatian netizen.
Laman Utama

Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!

gempak
13/11/2023
00:55 MYT
Meremang bulu roma.
Gaya Hidup

"Dahulu Kita Guna Banyak Botol, Sekarang Dah Moden..." - Tun M Kagum Usaha Pengilang, Pengasas Produk Origina

gempak
07/02/2023
01:55 MYT
Tun M kunjungi kilang PS Poly Pack Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarga di Klang, Selangor.
Laman Utama

Dialog Lakonan Dianggap ‘Menghina’ Wanita, Maszlee Malik : “Banyak Yang Boleh Dipelajari Selain…”

gempak
30/01/2023
04:50 MYT
Ada pengajaran dalam siri itu...
Laman Utama

PRU15: “Maaf Atas Salah Silap Sepanjang Saya Menjalankan Tugas” - Maszlee Malik

gempak
19/11/2022
21:50 MYT
Maszlee terima kekalahan dengan hati terbuka