,
Viral

Tulisan Khat 'Dicuri' Buat Corak Tudung, Penulis Bengang Dengan Sikap Usahawan Malaysia

Firdaus
15/05/2024
13:55 MYT
Hati siapa yang tidak panas apabila hasil kerja yang dibuat dengan kreativiti sendiri diambil orang tanpa sebarang kebenaran.

"Mana dapat kebenaran untuk mass production buat produk...

Berikutlah nasib yang menimpa seorang penulis tulisan khat apabila dirinya mendapati salah satu jenama hijab 'mencuri' hasil kerjanya untuk dijadikan sebagai corak tudung.
"Tulisan khat Selamat Hari Guru ini adalah tulisan saya, mana dapat kebenaran untuk mass production buat produk.
"Mohon penjelasan atau jika tiada jawapan nantikan surat tuntutan (LOD) dari saya," getusnya.
Penulis itu juga menzahirkan rasa kurang senang dengan segelintir usahawan Malaysia yang selamba 'merompak' hasil kerja orang lain demi keuntungan diri sendiri.
"Satu lagi karya saya yang suka hati dicuri dan dibuat produk, siap dibuang tauqi' (tanda), usahawan di Malaysia ni kebanyakan memang selamba je ya?
"Tiada rasa malu ambil hak orang untuk kaut keuntungan?" tambahnya lagi.
Permasalahan itu dimuat naik semula di Platform X di mana ramai warganet memberikan pendapat tentang isu tersebut. .
"Saman dia,"
"Cuba dari awal hubungi je pemilik dan bagi royalti, nak tunggu kena marah baru nak buat,"
"Terus saman jelah. Dah kantoi baru nak kredit. Minta selagi bayaran setiap helai dijual."

Masalah Berjaya Diselesaikan

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaharu kes, masalah itu telah pun diselesaikan atas kata sepakat penulis dan pemilik jenama tudung berkenaan.
"Alhamdulillah, isu selesai dengan 'mutual understanding' kedua belah pihak. Terima kasih juga buat semua rakan yang bantu kongsi sebelum ini.
"Semoga tiada lagi timbul isu sebegini kemudian hari, berharap setiap usahawan, jabatan kerajaan mahupun perseorangan lebih cakna akan hak intelektual pengkarya," ujarnya.

BERITA TRENDING: Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

Sumber: Facebook/Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar