,
Viral

Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

Khairil Khusyairi
30/08/2024
12:18 MYT
Tular sebuah rakaman video yang memaparkan penyanyi Hafiz Suip bergaduh dengan seoranng pengguna jalan raya lain, baru-baru ini.

Rakaman bergaduh tular

Menerusi rakaman yang tular itu, Hafiz dilihat sedang bertumbuk dengan seorang lelaki di sebuah jalan raya.
Susulan itu, saksi yang juga mangsa di tempat kejadian tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar kejadian.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila sebuah kenderaan membuat provokasi terhadap kenderaan dinaiki Hafiz.

Spray pemedih mata

Malah, Hafiz juga dikatakan telah diserang dengan spray pemedih mata sebelum bertumbuk.
“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak.
“Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula blok dan berhenti kereta kami, kedua-dua tengah dalam kemuncak marah dan keluar dari kereta. Tiba-tiba pemandu tersebut spraykan muka Hafiz dengan pepper spray.
“Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan, muka saya juga disiku dan dispray dengan pepper spray sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” jelas individu tersebut. Jelas individu itu lagi, pihaknya juga turut membuat laporan polis sejurus kejadian tersebut berlaku. Malah, mereka turut bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Selepas itu kami ke balai polis membuat report dan sekarang masih di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” jelasnya lagi.
Power jugak penyanyi awan nano ni.. Yang badan besar pun tumbang.. pic.twitter.com/FK0nOOUdFp— JalaIMisai (@jllmisai) August 30, 2024
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.