,
Gaya Hidup

Tular Panjat Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Mosibin Dijemput Ke Istana Negeri

Azwa Rahman
24/06/2020
10:59 MYT
Penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin yang tular menjawab peperiksaan di atas pokok dijemput hadir ke Istana Negeri untuk menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar di Kota Kinabalu, Sabah.
Sumbangan yang berupa wang tunai dan barangan keperluan itu disampai oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
Menerusi laman sosial Twitter, Jabatan Penerangan Negeri Sabah berkongsi foto-foto kehadiran Veveonah dan ibu bapanya ke Istana untuk tatapan umum. Memetik laporan Bernama, Veveonah, 19, melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
BACA: Pejabat Pendidikan Daerah Pitas Melawat Veveonah Selepas Tular Ambil Exam Atas Pokok
“Pertama sekali saya buat video itu hanya sekadar suka-suka selain ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya menjawab peperiksaan dalam talian.
“Saya berterima kasih sekiranya ada pihak mengambil tindakan untuk kemajuan di kampung saya dengan membina menara telekomunikasi dan ini adalah harapan saya kerana internet sangat penting pada masa sekarang," katanya.
Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kampung Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan
Terdahulu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di laman sosial apabila video pengalamannya memanjat pokok di kampung demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat perhatian ramai serta reaksi positif wargamaya.
BACA: Kesiannya...Pelajar Ini Terpaksa Panjat Pokok, Dapatkan Internet Untuk Jawab Exam!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.