,
Laman Utama

Tular Maki Hamun Pemilik Kedai & Samakan Bentuk Badan Seorang Wanita Dengan Bab*, Eira Azira Mohon Maaf

Fiza Kamarudin
15/09/2020
01:57 MYT
Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook (FB) Suharnizan Md Sidek, selepas menyamakan bentuk tubuh wanita tersebut dengan haiwan.
Eira telah memuat naik sebuah hantaran video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman sosial FBnya, awal pagi tadi.
Pengasas produk yang tular sejak beberapa hari ini itu mengakui telah melakukan penghinaan terhadap bentuk tubuh (body shaming) serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemilik kedai 35 dan Suharnizan, ketika membuat ‘live’ di FB.
[[BACA: Gara-Gara Buat FB Live, Usahawan Kena Tengking Dengan Tuan Kedai! - “Orang Melaka Memang Kurang Ajar?”]]
“Pertama sekali, permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua insiden yang tular ketika Eira membuat "Live" di Facebook Eira Azira.
“Insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu body shaming terhadap individu/ pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek,” katanya.
Eira turut mengakui ketika insiden tersebut berlaku, dia gagal mengawal emosi sehingga gagal menjaga tutur kata dan menyebabkan ramai pihak tersinggung.
“Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.
“Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk,” katanya.
Tambahnya lagi, insiden tersebut meninggalkan kesan terhadap kehidupan peribadi memberi impak kepada seluruh ahli keluarga, terutama suami dan anak-anak serta agen produknya.
Kesal dengan keterlanjuran diri, Eira memohon diberi ruang untuk memperbaiki diri dan tutur katanya pada masa akan datang.
“Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, sahabat-sahabat, terutamanya suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta agen-agen Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.
“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang.
“Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.
“Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini.
“Eira berharap agar pemilik Restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting "Live" di Facebook terlibat,” katanya.
Eira Azira baru-baru ini menjadi tular selepas meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemilik restoran 35 dan mendakwa dihalau ketika sedang melakukan reviu produk serta kedai makan popular berkenaan secara live, di FB.
Tidak berakhir di situ, Eira sekali lagi menjadi kecaman warganet selepas video lamanya dikongsi semula oleh warganet di media sosial.
Menerusi video tersebut Eira dilihat mengeluarkan kata-kata kesat seperti anak haram, babi dan bangsat kepada Suharnizan yang menegur mengenai produk pelangsingan badan yang sedang dipromosikan secara langsung di FB.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Viral

Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

gempak
30/07/2024
15:35 MYT
Pempengaruh, Andika Putera akhirnya tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi mengenai hal rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha.
Viral

Dikecam Sebab Pakai Purdah Ketika Ikuti Kelas Agama, Stylist Lelaki Popular Ini Minta Maaf

gempak
23/07/2024
23:55 MYT
Penata gaya atau stylist, Wanda Hara akhirnya mengakui kesilapan gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri pengajian Ustaz Hanan Attaki yang diadakan pada Sabtu.
Hiburan

Bella Astillah Berangkat Tunai Umrah, Doa Urusan Dipermudahkan – “Saya Mohon Maaf Seikhlas Hati”

gempak
14/07/2024
06:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi foto dia di lapangan terbang pada pagi Ahad.