,
Viral

Tular 'Keanu Reeves' Jual Sotong Kering, Cuci Pinggan Di Thailand, Netizen Kata Sudah Bersara Jadi Aktor

Maliah Surip
29/05/2024
08:25 MYT
Kecoh dan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila kelibat aktor terkenal Hollywood, Keanu Reeves dilihat berada di sebuah kawasan menjual makanan popular di Thailand.
Hal yang menjadi perbualan ramai adalah figura tersebut bukan sedang menjalani penggambaran sebaliknya ‘Reeves’ sedang sibuk menjual sotong kering, membuat kopi serta tidak segan membasuh pinggan di sebuah gerai di tepi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sule Jual Semua Kereta Mewah Dari Mustang Hingga Porsche, Sekarang Pakai Innova

Selepas video dan fotonya tular terutama di aplikasi Tik Tok, media tempatan cuba mendapatkan kepastian mengenai berita yang tersebar.

Warga Jerman

Ternyata, individu tersebut bukanlah Keanu Reeves yang terkenal dengan karakter John Wick dan filem The Matrix.
Dia sebaliknya merupakan seorang warga Jerman yang berkahwin dengan seorang warga Thailand.
Lelaki yang memang mirip dengan Reeves itu bernama Andreas dan sengaja membantu gerai keluarga isterinya, Tuk, di daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima, Thailand dalam kunjungan ke negara tersebut.
“Saya mula menyedari suami mirip Reeves selepas berkahwin di Jerman. Saya kemudian mencadangkan agar dia mewarnakan rambut dan janggut untuk kelihatan lebih serupa dan ‘hebat’.

ARTIKEL BERKAITAN: Keanu Reeves Diperika Polisi lantaran Hadiri Pesta Ilegal

“Sejak itu ramai yang mula mengambil gambar dan fikir dia Reanu Reeves,” ujar Tuk seperti dilaporkan program televisyen Thailand, Ruang Lao Sao Arthit.
Andreas yang kini menjadi selebriti secara tiba-tiba dengan kebanyakan perkongsiang di Tik Tok mencecah 4.7 juta tontonan menyifatkan orang Thailand sangat baik dan ramah.

BERITA TRENDING: Akhirnya...Keanu Reeves Miliki Teman Wanita Pada Usia 55 Tahun!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.