,
Laman Utama

Tular Dengan Lagu Pano, Artis Filipina, Zack Tabudlo Datang Malaysia Jumpa Peminat

Mya Amri
03/03/2023
09:45 MYT
Bintang Filipina, Zack Tabudlo yang tular di media sosial dengan lagu berjudul Pano bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk bertemu peminat.
Dengan kerjasama di antara pihak Universal Music Malaysia dan Universal Music Filipina, Zack akan membuat persembahan di acara Music Is Universal pada tanggal 4 Mac 2023 bertempat di Ballroom Hotel Le Meridien Petaling Jaya.
Acara ini bukan sahaja akan memberi peluang buat Zack untuk menyerlahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi dan penghibur, tetapi juga untuk mendekati dan mengenali para peminatnya di Malaysia dengan lebih akrab.
Lebih menarik lagi, acara ini akan diserikan dengan kehadiran beberapa artis Universal Music Malaysia yang lain iaitu YonnyBoii, Insomniacks dan Bella Astilah.
Ketiga-tiga artis ini sememangnya mempunyai golongan peminat mereka tersendiri, lantas acara ini akan memberi mereka kesempatan untuk mempersembahkan karya terbaharu masing-masing.
Bagi peminat yang ingin menyertai acara ini untuk menonton artis kesayangan anda, jangan lupa untuk melakukan RSVP.
Untuk maklumat lanjut, layari Instagram Universal Music Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.