,
Laman Utama

Tulang Belakang Bengkok, Kevin Zahri Sepatutnya Berkerusi Roda Pada Umur 40 Tahun

Amri Hassan
10/02/2021
14:50 MYT
Jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan popular Kevin Zahri mengakui dirinya menghidap masalah tulang belakang bengkok atau dipanggil scoliosis.
Akibat daripada masalah tersebut, Kevin memberitahu dirinya mungkin berisiko untuk berkerusi roda menjelang usianya 40 tahun kelak.
"Saya didiagnos scoliosis sejak lahir dan dikatakan akan menggunakan kerusi roda pada usia 40 tahun.
“Dengan rasa rendah diri, kini saya berusia 42 tahun dan sentiasa berjaga-jaga dengan kondisi diri," katanya.
Kevin mendedahkan perkara tersebut apabila diajukan pertanyaan oleh peminatnya yang mahukan kesahihan cara yang betul untuk melakukan senaman sekiranya punyai masalah terbabit.
Pada masa sama Kevin turut memberikan tips berguna tentang cara bersenam bagi yang mempunyai masalah mild scoliosis.
"Sukar untuk komen ‘sederhana’ itu mungkin tahap awak atau saya tak sama. Jika tidak pasti adalah lebih baik merujuk physician atau doktor.
"Jika tidak, bergantung pada kemampuan dan pengalaman. Mulakan dengan perlahan-lahan dan jangan berhenti dalam memperjuangkan kesihatan dan kehidupan berkualiti," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"Senaman Berat Waktu Malam Boleh Cetus Serangan Jantung" - Pakar

gempak
04/07/2024
13:50 MYT
Walaupun senaman amat digalakkan, namun senaman berat pada waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga
Viral

Kritik Orang Bersenam Tapi Tak Jaga Perihal Agama, Ini Reaksi Netizen

gempak
25/02/2024
06:55 MYT
Tak usahlah menilai orang lain...
Laman Utama

4 Jenis Senaman Terbaik Untuk Penghidap Asma!

gempak
20/10/2023
13:20 MYT
Boleh dicuba
Gegar Vaganza All Star

"Saya Belum Boleh Mencangkung, Masih Solat Duduk" - Zamani Sudah 80 Peratus Pulih

gempak
29/09/2023
02:55 MYT
Selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis pada November 2022, penyanyi Zamani Slam kini sudah pulih lebih 80 peratus.
Unitar