RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Tak Kejar Top 5! Rayme Hanya Mahu Hiburkan Penonton - “Saya Sebenarnya Tak…
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Rayme mengakui tidak menyangka menerima pujian daripada barisan juri setiap kali tampil membuat persembahan.
Menurut Rayme, kata-kata positif itu memberikan semangat besar buat dirinya untuk terus meningkatkan mutu persembahan dari minggu ke minggu.
“Saya sebenarnya tak sangka bila dapat komen macam tu daripada semua komposer. Dengar Aina kata saya power sumpah saya tak sangka.
“Bila dengar komen macam tu saya sangat gembira,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Rayme juga akui merasai tekanan apabila berjaya menduduki tangga lima teratas.
Bagaimanapun bagi Rayme perkara tersebut tidak akan menghalangnya untuk memberikan yang terbaik setiap kali muncul di pentas besar itu.
“Kalau cakap pasal tekanan, sudah tentu ada. Sebab dua kali dekat Top 5 kalau boleh nak dekat-dekat sahaja tapi bila dah ada dekat situ saya sentiasa nak improve persembahan saya.
“Saya tak ada nak target sangat pun Top 5 tu sebab saya hanya mahu menghiburkan orang tapi bila dah dapat top 5 of course saya akan berikan yang terbaik untuk minggu depan,” tambahnya.
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video