,
Laman Utama

Tukar Makanan Anjing, Paksa Jadi Vegetarian, Katy Perry Dikecam Netizen

Amri Hassan
18/01/2021
06:20 MYT
Penyanyi Katy Perry dikecam ramai apabila mendedahkan telah menukarkan makanan anjingnya, Nugget untuk menjadi vegetarian.
Ciap Perry di Twitternya baru-baru ini, dia kini bersama anjingnya itu sedang dalam proses transformasi untuk menjadi vegetarian.
"Aku kini sudah 95 peratus bersedia untuk menjadi vegetarian. Anjing aku, Nugget pun turut sama mengikuti perjalanan ini sejak empat bulan lalu. Doakan kami ya," tulis Perry.
Bagaimanapun, ciapan itu mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan anjing tidak sepatutnya diseksa dengan memberikan makanan lain.
"Aku harap Nugget bergabung untuk memberikan sokongan emosi! Anjing tak boleh menjadi vegetarian jadi berikan makanan sepatutnya kepada ia," tulis salah seorang pengguna.
"Anjing tak boleh menjadi vegetarian, ia karnivor," tambah pengguna lain.
"Katy aku sayangkan kamu tetapi memaksa anjing menjadi vegetarian adalah satu penyeksaan," ciap pengguna lain pula.
Namun, ada juga yang masih menyokong tindakan Perry itu.
"Khabar yang bagus. Kami sangat gembira untuk kamu dan Nugget. Kalian berdua menggemari makanan yang bersih dan membantu haiwan lain," tulis seorang pengguna lain di Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diserang Anjing Rottweiler Ketika ‘Shooting’, Mia Nasir Syukur Tak Alami Kecederaan Serius - “Kalau Tanya Trauma Atau Tidak, Saya Akan Cakap…”

gempak
09/09/2024
04:25 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan pelakon Mia Nasir diserang seekor anjing rottweiler ketika sedang menjalani penggambar baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Viral

Pemain Badminton Didenda RM25,000, Pukul Anjing Di Balkoni Rumah

gempak
30/08/2024
10:25 MYT
Seorang pemain badminton profesional didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada Jumaat selepas mengaku bersalah memukul seekor anjing secara bertubi-tubi di balkoni rumahnya, bulan lepas.
Viral

Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

gempak
28/08/2024
04:25 MYT
Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India pada Selasa.
Hiburan

Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

gempak
22/08/2024
15:50 MYT
Aktor ikonik Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun minggu lalu.
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.