gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadapi Masalah Kesihatan, Hafiz Suip Tak Dapat Adakan Persembahan Di Konsert MeleTOP TVS
HIBURAN
Syahrini Terima Penghargaan UNESCO Di Acara Filem Cannes 2025 - “Penghargaan Ini Menjadi Dorongan Saya Untuk Kembali Aktif…”
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Tujuh Pelajar Terlibat Kes Buli Disyor Tamatkan Pengajian

gempak
Gempak
08/04/2025
05:50 MYT
Sponsor Banner
Tujuh Pelajar Terlibat Kes Buli Disyor Tamatkan Pengajian
Seramai tujuh orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terlibat dengan kejadian buli di institusi berkenaan di Pulau Pinang disyorkan untuk ditamatkan pengajian.
Keputusan jawatankuasa disiplin
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memberitahu, perkara itu diputuskan jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh maktab.
Katanya, dua daripada mereka terlibat dengan buli secara fizikal manakala, lima lagi bersubahat.
“Keputusan kes buli MRSM, Jawatanluasa disiplin Maktab: Tujuh pelajar didapati terlibat, dua terlibat buli fizikal, lima subahat. Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian dari MRSM,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Asyraf Wajdi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan berlaku kejadian buli di sebuah MRSM di Pulau Pinang.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelajar MRSM yang melakukan perbuatan itu.
Tegasnya, beliau telah berulang kali mengingatkan pelajar yang melakukan perbuatan buli akan berdepan tindakan dibuang dari institusi pendidikan tersebut.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 31 saat memaparkan beberapa pelajar didakwa memijak dan duduk di atas seorang pelajar lain.
Lebih mengejutkan, mereka menggunakan tali pinggang untuk mengikatkan kakinya, bagaimanapun remaja lelaki terbabit dilihat tidak melawan.
Menerusi Facebook Utara Kini, ada individu mempersoalkan sama ada perbuatan terbabit adalah buli ataupun melawak kasar
Sumber: Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
#Buli
#Pelajar
#Pengajian
#Tamat
#MRSM
Must-Watch Video