,
Hiburan

Tudung Zip Nora Danish Dilabel Mengarut, Jadi Bahan Lawak Netizen

Mya Amri
21/11/2016
05:04 MYT
Pelakon Nora Danish sekali lagi menjadi bualan hangat selepas memperkenalkan rekaan tudung terbarunya semalam.
Rekaan yang diberi nama Owl Ezip yang didedahkan menerusi akaun Instagram (IG) itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya menganggap rekaan tersebut agak pelik dan mengarut kerana mempunyai zip dibahagian tengah tudung berkenaan.
Mereka juga mula mempersoalkan apa kelebihan dan kepentingan zip itu kepada mereka yang memakai tudung tersebut.
Tidak cukup dengan itu, gaya tudungnya juga menjadi bahan lawak dan diparodikan oleh seorang wanita sehingga menjadi viral di laman sosial.
Foto viral itu menunjukkan seorang wanita yang memakai tudung telah meletakkan sebuah beg di atas kepalanya dengan zip dibahagian hadapan.
Foto itu telah menerima pelbagai komen lucu daripada netizen antaranya:
Dalam pada itu, Nora bagaimanapun telah menjelaskan fungsi tudung berkenaan menerusi video tutorial yang dimuatnaik di IG sebelum rekaan tersebut menjadi viral.
“I am so excited to show you guys our new Owl EZip semi instant shawl. Wait for our updates anytime and thank u la sesiapa yg buat viral, dapat tempahan banyak dah. Thank u.
“Sesiapa rasa nak tido dalam flight ke apa, senang tutup je muka, tapi jangan la jalan pun tutup , tu tak betul namanya.
“Design dibuat khas untuk mereka yang sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jgn gaduh gaduh ok? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah. @owlbynd #musthave #alloccasion #travel #shawl #madewithlove #owlies #owlbynd #tudung,“ tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.