,
Laman Utama

Tuduh Peniaga Jual Soft Cookie Kering, Pelanggan Narsistik Dikritik Warganet - “Dia Salah, Dia Nak Refund”

Gempak
26/11/2023
01:55 MYT
Frasa ‘customer is always right’ ada kalanya tidak boleh diterima kerana sikap segelintir pelanggan yang enggan mengakui kesalahan mereka.

BERITA TRENDING: Isteri Dirempuh Kereta Ketika Sarapan Di Kopitiam, Warga Emas Enggan Berganjak Dari Lokasi Kejadian

Begitulah kisah tentang seorang peniaga soft cookie apabila dia terpaksa berhadapan dengan seorang pelanggan yang bersikap narsistik.
Menerusi satu ciapan di Platform X, individu dikenali sebagai @neymabites berkongsi tangkap layar seorang pelanggan membuat aduan tentang biskutnya yang dikatakan kering setelah dipanaskan semula.
“Haritu ada beli soft cookies dengan awak. Tapi berderai dah macam nasi kering,” tulis pelanggan itu.
Setelah diteliti, rupa-rupanya pelanggan tersebut telah memanaskan semula biskut dengan cara yang salah.
Bagaimanapun, pelanggan itu masih tidak berpuas hati, malah menyalahkan peniaga berkenaan kerana mencetak arahan memanaskan biskut dengan tulisan yang kecil. Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata warganet menyelar sikap pelanggan wanita itu yang disifatkan sebagai kurang ajar.
Antara respons yang diterima:
“Dia salah, dia nak refund, kurang ajarnya,”
“Geramnya nak maki, kenapa suka tunjukkan kebodohan diri, nasib dapat peniaga baik,”
“Kurang ajar betul pelanggan ni.”
Sekadar info, peniaga itu telah pun memberi bayaran balik secara penuh kepada pelanggan tersebut yang difahamkan berjumlah RM40.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.