,
Laman Utama

TUDM Tegur Penggunaan Foto Niezam Zaidi Lengkap Berpakaian Juruterbang – “Dipaparkan Dalam Artikel Berkaitan Jenayah, Calar Imej TUDM…”

Fiza Kamarudin
14/10/2021
06:44 MYT
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegur penggunaan foto pelakon Niezam Zaidi berpakaian juruterbang TUDM, menerusi artikel-artikel yang menyebut tentang jenayah dilakukan.
TUDM menerusi sebuah kenyataan menegaskan, perkara tersebut telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan mencalar imej mereka.
“Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM.
“Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM,” menurut kenyataan dikeluarkan bahagian perhubungan Awam TUDM.
Markas tentera udara turut menafikan pelakon terbabit pernah berkhidmat dengan TUDM atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
“Gambar beliau berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa beliau memegang watak sebagai Juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk Gempur Wira yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2018
“Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
“Oleh itu, TUDM amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM dipaparkan di dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh beliau yang memberikan kesan imej yang negatif,” katanya.
Dalam pada itu TUDM turut menegur pihak media, pengguna media sosial dan blogger supaya lebih peka dan berhati-hati melibatkan penggunaan gambar untuk sebarang artikel yang dikeluarkan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta yang boleh mencalarkan imej TUDM khasnya dan ATM keseluruhannya.
TUDM turut memohon media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan mereka dan memohon agar pembetulan dapat dilakukan bagi mana-mana artikel yang telah dimuat naik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Momen Bersama, Fify Azmi & Niezam Zaidi Sedang Hangat Bercinta? - “He Is Not A Bad Boy… My Good Man”

gempak
11/09/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok Fify Azmi memperlihatkan momen-momen romantik aktres itu dengan aktor Niezam Zaidi menarik perhatian netizen.
Artis

Pelakon Korea Selatan Dipenjara Setahun Atas Kesalahan Dadah

gempak
03/09/2024
17:55 MYT
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
Hiburan

Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

gempak
22/08/2024
04:49 MYT
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan terpaksa menghabiskan sisa hidup dalam penjara apabila dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan dadah oleh Mahkamah Tinggi.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia, Tom Craig Ditahan Beli Dadah

gempak
09/08/2024
02:25 MYT
Pihak berkuasa Perancis menahan pemain hoki Australia, Tom Craig, selepas disyaki membeli dadah jenis kokain daripada pengedar di tengah kawasan perumahan di kota Paris, semalam.
Hiburan

Nia Ramadhani Akui Pengalaman Dipenjara Satu Hikmah Terbesar Dalam Hidup - “Tiada Manusia Yang Sempurna”

gempak
31/07/2024
16:00 MYT
Pernah dijatuhkan hukuman penjara akibat kes penyalahgunaan dadah, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani mengaggap kejadian tersebut sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.