,
Gaya Hidup

"Tuanku Permaisuri Buat Sendiri Extension Mask Tu. Comel kan" - Datuk Radzuan Radziwill

Badrul Hashim
13/08/2020
23:30 MYT
Siapa yang tidak berbesar hati apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sudi menggayakan pelitup muka yang direka istimewa berlatarkan jalur gemilang.
Itu yang dirasakan oleh Datuk Radzuan Radziwill dalam satu perkongsian di Instagram miliknya. Kesudian Raja Permaisuri Agong memakai koleksi pelitup muka Radzuan Radziwill x Gempak menambahkan lagi kegembiraannya menghasilkan pelitup muka tersebut.
"Patik berbesar hati Kebawah Duli Tuanku sudi mengayakan Merdeka Face Mask Radzuan Radziwill.
"Tuanku Permaisuri siap buat sendiri extension mask tu. Comel kan. Junjung Kasih Tuanku," tulis Radzuan pada satu entri bergambar bersama dengan Tuanku Permaisuri.
Mengikut Datuk Radzuan, koleksi pelitup muka edisi terhad itu dihasilkan dengan cetakan menyerupai jalur gemilang dan punyai tiga lapisan berserta filter non woven yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baca: "Boleh Buat Kenang-Kenangan" - Cantiknya Pelitup Muka Datuk Radzuan Radziwill Edisi Khas Merdeka Ni!
Paket pelitup muka edisi khas Radzuan Radziwill x Gempak itu juga didatangkan dengan 'extender' bagi memudahkan pemakai yang berhijab.
Setiap satu dijual dengan harga RM20 dan set khas yang mengandungi kedua-dua pelitup muka edisi terhad Jalur Gemilang dan batik dijual RM35.
Untuk pembelian layari www.radzuanradziwill.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Laman Utama

Sambil Perut Diusap, Elizad Dapat Doa Zuriat Daripada Raja Permaisuri Agong – “Terharu…”

gempak
10/07/2023
05:39 MYT
Elizad Dapat Doa Zuriat Daripada Raja Permaisuri Agong
Laman Utama

Rizalman Kongsi Scammer Menyamar ‘Permaisuri Agong’, Minta Transfer Duit RM3,000!

gempak
09/05/2022
00:10 MYT
Makin menjadi-jadi!
Laman Utama

“Ti Mesti Kau Tengah Senyum Sekarang…Shuib Dah Lunaskan Hasrat Kau Ti” – Ibu Tiri Siti Sarah

gempak
10/02/2022
03:15 MYT
Shuib terharu...
Unitar