,
Gaya Hidup

Tuang Air Sirap Dalam Masak Lemak Cili Padi! Ini Momen-Momen 'Tak Boleh Move On' KL Fabulous Food Hunt 2019

Amri Hassan
03/11/2019
19:53 MYT
Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt (KLFFH 2019) kembali lagi tahun ini dan Gempak mewakilkan empat editor untuk menyertai acara ini sekali lagi.
Bertemakan 'Back To Kampung' pastinya ramai yang berandaian kebanyakan check point tahun ini akan melibatkan restoran yang menyediakan juadah ala kampung!
Dan ternyata ia benar bagai disangka! Ketujuh-tujuh buah restoran yang kami kunjungi demi mendapatkan tanda lulus di setiap check point menyediakan pelbagai juadah kampung antaranya ikan bakar, masak lemak cili api, patin tempoyak dan ayam kampung.
Acara dimulakan sedikit lewat berbanding tahun terdahulu namun itu tidak mematahkan semangat 250 pasukan yang bertanding mengikut kategori masing-masing.
Selepas acara perasmian Tahun Melawat Malaysia 2020 peringkat Bandaraya Kuala Lumpur, kami mengagihkan tugas berdasarkan arahan yang diberikan.
Membongkar klu setiap lokasi, menjawab soalan-soalan trivia dan melengkapkan cabaran sampingan (swafoto) untuk dimuat naik di akaun media sosial, itu antara pengagihan tugas kami sepasukan sebelum bertolak ke lokasi pertama.
Kami memilih Restoran Sambal Hijau di Sungai Penchala sebagai lokasi sulung. Ketika inilah salah seorang anggota kumpulan kami terpaksa menuang air sirapnya bagi menyejukkan nasi yang dihidangkan panas-panas! Memang mengujakan!
Kemudian, lokasi masakan Negeri Sembilan, Jang Salai House (Taman Sri Sentosa) kami pilih untuk cabaran kedua disusuli dengan Anis Puteri Gulai Kawah di Pantai Dalam bagi check point ketiga.
Meneruskan perlumbaan ke lokasi keempat, kami ke lokasi popular Ikan Bakar Jalan Bellamy sebelum melanjutkan ke Restoran Go'Bang Maju Patin Tempoyak (Sri Rampai) dan Restoran Patatimo di Wangsa Maju.
Di sini, salah seorang anggota kumpulan kami menghirup sepinggan nasi gulai ikan patin tempoyak dalam kiraan seminit sahaja! Percaya tak?
Menghampiri garisan penamat, kami memilih haluan untuk ke Anjung Patin Ville di Kampung Baru yang menyediakan juadah menarik ikan sungai dan lokasi check point ketujuh di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) untuk cabaran terakhir iaitu bermain permainan tradisional iaitu sepak raga bulu ayam.
Mengakhiri perlumbaan di lokasi permulaan iaitu Dataran DBKL, kami berterima kasih kepada pemandu teksi wanita yang menjadi jurupandu kami sepanjang perlumbaan dari pagi hingga lewat tengahari, Jeet.
Menarik tentang KLFFH 2019, acara ini membuka peluang pendapatan kepada pemandu teksi tempatan yang kini semakin tersisih dek pembangunan pelbagai platform pengangkutan mudah alih.
Selain ia turut memperkenalkan pelbagai lokasi restoran yang menyediakan pelbagai juadah kampung yang sedap dan menyelerakan!
Dalam cabaran tahun ini, pasukan Gempak berjaya meraih tempat kedua untuk kategori tertutup dan membawa pulang hadiah wang tunai RM400.
KLFFH 2019 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) buat kali kesembilan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bangunan MOTAC Terima Ancaman Bom, Kakitangan Diarah Kosongkan Bangunan

gempak
05/06/2024
09:50 MYT
Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini dilapor telah diarah mengosongkan bangunan tersebut sekitar jam 3.40 petang.
Laman Utama

Meriahnya Sambutan Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang Di Perak!

gempak
03/11/2022
09:23 MYT
Patut diadakan lagi!
Laman Utama

Eh Seronoknya Bila Ada Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang 2022 Ni!

gempak
27/10/2022
04:30 MYT
Yeay! Seronoknya!
Laman Utama

"Buka Semula Sempadan Berita Gembira Untuk ..." - Pelancongan Target Jana Hingga RM77 Juta Bilion Pada 2025

gempak
10/04/2022
21:28 MYT
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis menjelang tahun 2025
Laman Utama

Warisan Negara Hampir Pupus, MOTAC Anjur Pertandingan Nyanyian Lagu P. Ramlee, Joget & Busana Tradisional

gempak
27/08/2021
03:22 MYT
Hadiah wang tunai untuk dimenangi!