,
Hiburan

Trio KRU Muncul Kembali dengan Album Kaset - “Kami Pun Rindu Nak Nyanyi Bersama-Sama”

Ernalisa
10/10/2024
14:55 MYT
Rasa rindu peminat kepada kumpulan trio adik-beradik terkenal KRU bakal terubat apabila mereka bakal muncul kembali dengan single terbaru berjudul Kaset, yang akan dilancarkan pada November ini.

BERITA BERKAITAN : Aisha Retno 'Diganggu' Di Set Penggambaran Samudera | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"

BERITA BERKAITAN : Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

BERITA BERKAITAN : Beza Umur 35 Tahun? “Laki Aku Bukan Laki Kau!” | Motif Trending

Menurut Norman, kemunculan semula mereka bertiga di persada seni bukan sahaja dinantikan oleh Yusry dan Edry, sudah pastu juga oleh para peminat yang merindui karya mereka sejak era 1990-an. “Sebenarnya kami tak anggap kemunculan ini sebagai ‘come back’. Kami bertiga masih ada, cuma kurang aktif dalam industri kerana masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Namun, kami akui bahawa kami juga rindu untuk bersama seperti dulu.
“Untuk melengkapkan album ini, kami menyajikan sepuluh lagu baharu, semuanya ciptaan kami bertiga. Dua daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris. Peminat pastinya menantikan lagu-lagu balada kami yang evergreen, selain lagu rancak yang menjadi trademark KRU,” kata Norman.
Mengenai konsep album Kaset, KRU masih mengekalkan elemen muzik era kegemilangan mereka, tetapi turut disesuaikan dengan muzik masa kini untuk menarik perhatian peminat baru, terutamanya golongan muda.
“Saya yakin dengan kematangan kami dan pengetahuan dalam bidang muzik, album ini berpotensi menjadi yang terbaik daripada KRU. Kami selesa dengan ‘sound’ yang sinonim dengan KRU sejak dahulu, dan bangga dengan identiti muzik kami,” tambahnya.
Norman turut berharap album tersebut akan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Kemunculan semula mereka turut mengukuhkan identiti unik KRU sebagai kumpulan adik-beradik yang meledak pada era 90-an. “Kami memang bertiga sejak dahulu, dan itulah evolusi yang mencetuskan fenomena serta menjadikan KRU unik dengan identitinya tersendiri,” katanya.
KRU juga akan menjelajah ke seluruh negara dalam tour khas mereka pada tahun hadapan untuk menemui para peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Akan Elak Bercinta Dengan Suami Orang” - Arabella

gempak
04/10/2024
07:55 MYT
Pelakon baharu, Arabella Ellen, menegaskan akan cuba mengelak daripada terlibat dalam cinta lokasi, terutamanya yang membabitkan suami orang.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Berita

Touch 'n Go Tidak Boleh Guna, Lelaki Bergaduh Dengan Pekerja Tol

gempak
01/10/2024
04:55 MYT
Seorang lelaki bergaduh dengan pekerja tol di Plaza Tol Perling di sini Ahad lalu, kerana tidak berpuas hati kad Touch 'n Go miliknya gagal digunakan meskipun bakinya mencukupi.
Gaya Hidup

Lelaki Boleh Guna Mata Kasar Untuk Periksa Tahap Kesihatan Air Mani Sendiri, Ini Cara-Caranya

gempak
30/09/2024
14:55 MYT
Kehadiran zuriat pastinya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri sebaik sahaja mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Pertaruh Album Baharu, FUGŌ Angkat Karya Ciptaan Sendiri Dalam 99

gempak
12/08/2024
18:55 MYT
Empat tahun mengemudi karier dalam muzik industri, kumpulan alternatif indie, FUGŌ hadir dengan album baharu berjudul 99.
BorakSeeni