Gaya Hidup
#Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!
Lari daripada hiruk-pikuk bandaraya, bertemankan kicau unggas dan burung, destinasi healing Villa Nur Jannah di Janda Baik pilihan ideal untuk warga kota.
Perjalanan yang cuma mengambil masa lebih kurang 45 minit dari ibukota Kuala Lumpur, villa yang berkeluasan 4,000 kaki persegi ini menjanjikan kepuasan maksima bagi yang mahukan terapi alami.
Berpaksikan panorama alam semulajadi, Villa Nur Jannah yang telah mula beroperasi pada 1 Mac 2024 itu menawarkan pengalaman staycation luxurious private yang mampu memuatkan 40 orang tetamu pada satu-satu masa.
Villa Nur Jannah yang dimiliki oleh Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putera serta Datin Majmin Said mempunyai enam buah bilik mewah lengkap dengan penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni menghadap rimba, dua buah dormitory dan tapak glamping yang disediakan empat biji khemah.
Jom semak apa lagi tarikan menarik di Villa Nur Jannah, Janda Baik, Pahang.
1. Mesra kerusi roda
Biarpun struktur villa ini sedikit berbukit dan dibina dengan asas tiga tingkat, kata Datin Majmin, pelbagai kemudahan akses disediakan buat pelanggannya."Pada bahagian atas tingkat tiga, terdapat tiga buah bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin dan tandas peribadi. Namun, kami masih mengutamakan penggunaan bilik bawah yang mesra pengguna berkerusi roda dan uzur," ujarnya.
Villa itu juga didirikan sebuah surau pada bahagian luar yang boleh memuatkan 25 hingga 30 orang pada satu-satu masa.
2. Semua percuma!
Demi memberikan pengalaman staycation maksima, pasangan itu menyediakan pelbagai kemudahan asas serta tambahan kepada pelanggan yang menginap di Villa Nur Jannah.Antaranya set karaoke, ruang tamu yang luas, dapur yang dilengkapi dengan bahan asas untuk memasak, sauna serta pit BBQ.
"Disebabkan hubungan rapat kami dengan orang setempat (orang asli), adakalanya tetamu menggunakan khidmat tukang masak tempatan. Malah, di sini juga dibina Rumah Hijau yang dilengkapi dengan pelbagai tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran," ujarnya.
Malah, tetamu juga dibenarkan menggunakan motosikal, basikal dan aktiviti berkuda secara percuma.
3. Sungai tak perlu kongsi
Paling utama, Villa Nur Jannah punyai sebatang sungai kecil yang mengalir sepanjang masa di bahagian belakang villa.4. Rekreasi & riadah
Bagi tetamu yang mendambakan aktiviti sihat, sebuah gimnasium tersedia dengan kelengkapan asas seperti treadmill, trampoline, dumbell dan set weight lifting.Malah, di bahagian tepi sungai juga terdapat gelanggang bola tampar pasir.
"Tidak lama lagi dua buah kolam memancing ikan akan dibuka untuk kaki pancing yang dijangka siap pada Ogos ini," ujarnya.
5. Harga berpatutan
Harga promosi yang ditawarkan bagi pratempah sebelum Julai 2024 bermula RM3,500 untuk hari minggu (Isnin - Khamis) dan RM5,000 pada hujung minggu (Jumaat - Ahad). Manakala, pada hari cuti khas harganya bermula RM7,000.Villa Nur Jannah telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri.
Pertanyaan lanjut hubungi 019 7344505 atau email villanurjannah@gmail.com atau laman sosial @villanurjannah.
Must-Watch Video