gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Iqbal Zulkefli Nafi Berhutang Dengan Doktor Gigi - "Sekali Saja Sponsor Tiga Tahun Lepas, Selebihnya Saya ..."
HIBURAN
Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin
BERITA
Peguam Sahkan Wujud Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Shahlan Bertahan 8 Jam Saksikan Forensik Bongkar Kebenaran Kematian Zara Qairina

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/08/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Shahlan Bertahan 8 Jam Saksikan Forensik Bongkar Kebenaran Kematian Zara Qairina
Selama lapan jam di bilik bedah siasat, peguam Shahlan Jufri menjadi saksi kepada kerja teliti pasukan pakar forensik yang berusaha mencari kebenaran di sebalik kematian Zara Qairina Mahathir, 13, di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu pada Ahad.
Beliau merupakan salah seorang peguam mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Allahyarham dan menjadi satu-satunya wakil keluarga menyaksikan prosedur yang dikendalikan oleh empat doktor pakar forensik.
Diminta menceritakan pengalaman pertama berada di bilik bedah siasat sebagai memenuhi permintaan ahli keluarga, Shahlan mengakui semuanya masih segar dalam ingatannya.
“Ini memang kali pertama saya berada di bilik bedah, selalunya lihat gambar sahaja. Kalau saya mahu terangkan satu persatu bagaimana proses bedah siasat itu, saya boleh terangkan sekarang sebab masih lagi segar (dalam ingatan) dan doktor ada sebut tadi, dia terkejut sebab selama ini, inilah peguam yang boleh tahan di dalam (bilik bedah siasat).
“Saya masih tahu keadaan arwah bagaimana, pisau apa yang digunakan, mangkuk apa yang digunakan, macam-macam. Pada awalnya gemuruh, lepas itu rasa kasihan sebab terpaksa gali balik dan buat bedah siasat bukan suatu perkara yang mudah, dan ketiga insaflah,” katanya kepada pemberita sebaik keluar dari bilik bedah siasat. Meskipun berada di situ selama berjam-jam, beliau hanya keluar sebentar dua kali untuk mengambil udara segar di bilik kaca.
“Tiada (tidak keluar ke tandas), saya ada dua kali pergi ke bilik kaca, saya mahu ambil udara segar kemudian saya masuk sekejap namun tidak sampai lima minit, doktor panggil. Jadi saya masuk semula ke bilik bedah, pakai pelitup mulut dan sebagainya.
“Kali kedua mahu ambil udara segar, masuk tidak sampai lima minit kena panggil balik. Akhirnya, saya cakap memang kena tunggu dalam, tidak boleh di luar, tidak boleh di bilik kaca,” jelasnya.
Malah, kongsinya lagi, sepanjang tempoh dari jam 11 pagi hingga 7 malam, beliau langsung tidak menjamah sebarang makanan atau minuman, sama seperti pasukan pakar forensik yang turut bekerja tanpa henti.
“Dari jam 11 hingga jam 7, tiada makan tiada minum. Sebab itu saya cakap tadi, saya sangat berterima kasih kepada pasukan forensik sebab mereka bukan lagi tidak makan tidak minum tetapi tidak duduk.
“Saya boleh duduk, mereka langsung tidak boleh duduk, mereka sentiasa bergerak untuk mencari kecederaan-kecederaan yang lama dan baharu, kalau ada,” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa dirinya bertahan untuk kekal berada di dalam bilik itu dari awal hingga akhir demi memenuhi hasrat keluarga.
“Saya tahan, tidak keluar, memang di situ. Bagaimana baunya, apa mereka buat saya di situ sejak jam 11 pagi hingga jam 7 malam. Sebab kenapa, itulah keinginan ahli keluarga, sebab itu saya di situ. Bagaimanapun, saya hadaplah.
Sepanjang proses tersebut, jelasnya, turut dilakukan proses penerangan dan sesi soal jawab bersama barisan peguam.
“Ada sesi soal jawab, ada diterangkan dan semuanya ada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement