,
Laman Utama

#TravelMana: Makan Dalam Kutub Utara Kini Di Pulau Pinang, Bestnya Lepak Dalam Kafe Berasaskan Ais!

Azwa Rahman
25/12/2021
08:40 MYT
Pengalaman menikmati sajian pencuci mulut dalam cuaca yang sejuk? Sebuah cafe yang terletak di Pulau Pinang ini menjanjikan suasana seperti anda berada di luar negara.
Bagi mereka yang mahu merasai sendiri kedinginan musim salji ala Eropah dengan suhu mencapai 10 darjah Celsius, inilah masanya anda pergi ke Ice Cafe di Lebuh Victoria, Georgetown, Pulau Pinang.
Bukan sekadar namanya tertera nama ‘ice’, tetapi konsep dan tema kafe tersebut adalah daripada ais keseluruhannya.
Itulah keunikan Ice Cafe, konsep ais yang ditawarkan di kafe tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Jika berkunjung ke sini anda dapat menikmati pelbagai sajian hidangan bertemankan pemandangan seolah-olah sedang berada di Kutub Utara.
Memetik sebuah portal tempatan, menu-menu sajian di sini juga berasaskan ais dan diolah mengikut citarasa dan hidangan popular di Pulau Pinang.
“Istimewanya di sini, dengan suhu 10 darjah Celsius, kami cuba mengetengahkan makanan-makanan tradisional dan makanan lazim di Pulau Pinang seperti aiskrim kandar.
“Selalu di Pulau Pinang terkenal dengan nasi kandar, di sini kami pamerkan aiskrim kandar di mana rencahnya lebih kurang sama dengan nasi kandar tetapi versi aiskrim.
“Kita mahu pelanggan bukan sahaja rasa sejuk, tetapi suasana persekitarannya juga sejuk seperti ala ‘frozen’. Jika kita lihat dalam kafe ini, ada salji. Jadi kita mahu bawa konsep itu,” kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Ice Cafe, Hazlami Rosli.
Selain dapat menikmati pelbagai juadah enak, pengunjung Ice Cafe juga berpeluang merakam gambar dan detik indah di dalam kafe yang persekitarannya bersuasanakan kiub ais dan salji.
Lebih mengujakan, Ice Cafe ini juga merancang untuk membuka kafe bertemakan konsep sama di Kuala Lumpur atau Melaka.
Info:
Alamat : 193 (Level 1), Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang. Nombor Telefon : 04-262 1193 Waktu Operasi : 10:30 a.m – 10:30 p.m
Kredit foto: Facebook Places Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

Imuda Kini Bergelar Datuk, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Pengiktirafan Kepada Anak Seni

gempak
30/07/2024
23:50 MYT
Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis popular tanah air, Imuda menganggap penganugerahan yang diterima beliau sebagai pengiktirafan kepada semua anak seni di Malaysia.
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

gempak
17/07/2024
13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.