,
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Main Lawan-Lawan Cat Sambil Uji IQ, Ini 4 Tarikan Menarik Di Bomb Battle Cawangan Terbesar Malaysia

Umirah Halim
27/01/2024
10:00 MYT
Selepas debut pertamanya yang berjaya pada tahun 2023, Mission Group Ltd kini mengumumkan pelancaran cawangan terbaharunya, Bomb Battle Elite di Petaling Jaya baru-baru ini.
Cawangan yang terbesar ini menampilkan empat pengalaman permainan baharu, iaitu Misi Bom Cat, Misi Bom Serbuk, Arena Lawan dan Lava Terhebat.

#1 Misi Bom Cat

Dengan teknologi terkini seperti IoT dan projection mapping, misi ini hadir dengan 5 pertempuran yang bakal mencabar kecekapan pemainnya untuk meredakan fius berdetik bom cat sebelum masa 75 minit berakhir.

#2 Misi Bom Serbuk

Bagi misi ini, para pemain boleh rasai pengalaman lima cabaran baharu yang direka untuk menguji kecekapan minda dan fizikal mereka yang pasti memberikan keterujaan epik selama 75 minit. Kegagalan menyelesaikan misi, pemain bakal hadapi letupan berwarna-warni yang menyemburkan bom serbuk kepada mereka.

Berita Trending: Cuti Panjang Tak Tahu Nak Buat Apa? Ini 5 Filem Wajib Tonton Yang Kini Ditayangkan Di Astro First

#3 Lava Terhebat

Terinspirasi daripada permainan kanak-kanak 'The Floor Is Lava,', Lava Terhebat ini bakal memberikan satu perjalanan nostalgik kepada pemain untuk melintasi 500 jubin lava. Anda boleh nikmati permainan ini dengan lebih daripada 50 mod dan tiga tahap kesukaran yang pasti mencabar!

#4 Arena Lawan

Arena Lawan membolehkan para pemain berlawan antara mereka secara berkumpulan dalam satu pertandingan epik selama 60 minit. Seronok kan? Jom ajak kawan-kawan atau family anda ke Bomb Battle Elite untuk cipta pengalaman menghadapi permainan unik ini bersama!
Untuk maklumat lanjut tentang harga tiket, layari laman web Klook.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
the-hardest-singing-show

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

gempak
15/07/2024
07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Eddy Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!