,
Laman Utama

#TravelMana: Lokasi Cantik, Kopi Best! Enam Kedai Kopi Hipster Lokal Ini Patut Ada Dalam Senarai ‘Cafe Hunting’ Anda!

Azwa Rahman
13/08/2021
12:15 MYT
Kopi menjadi kegemaran ramai tidak kira masa. Walaupun pandemik ini menyebabkan kita berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan di sesetengah negeri, ini tidak menghalang penggemar kopi untuk cafe hunting ke kedai kopi lokal kegemaran kita.
Tular di media sosial kerana lokasi mahupun keenakan menu yang ditawarkan, enam kafe atau gerai kopi ini wajib anda kunjungi jika ada waktu kelapangan.
Di sini, Gempak senaraikan enam kafe dan gerai kopi tempatan yang tular dari Perlis sehinggalah ke Kelantan yang pastinya anda kena cuba sendiri. Ingat, sentiasa jaga diri dan patuh SOP.
1. Kopi Senget, Teluk Panglima Garang, Selangor
Gerai kecil ini tular di laman Twitter kerana lokasinya yang comel dan terletak di halaman sebuah rumah. Kopi Senget yang terkenal dalam kalangan penduduk sekitar ini menawarkan pelbagai menu menarik untuk pengunjungnya.
Bukan sahaja kopi, kafe ini turut menawarkan makanan berat dan kudapan seperti nasi lemak, pastri serta kek.
Jika anda berkesempatan ke Teluk Panglima Garang, jangan lupa berkunjung ke Kopi Senget.
Waktu operasi: Rabu hingga Ahad (12 tengahari - 7 malam), Isnin dan Selasa tutup.
2. Hirup Kopi, Kepala Batas, Pulau Pinang
Warga Pulau Pinang juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan kedai kopi tempatan mereka.
Gerai kopi kecil ini beroperasi di hadapan sebuah kafe makanan barat. Lebih istimewa apabila setiap cawan kopi disertakan dengan kata-kata puisi indah, mungkin untuk anda hayati setiap kali menghirup kopi yang enak.
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8 pagi - 11 pagi dan 5 petang - 9 malam), Jumaat (5 petang - 9 malam) , Ahad tutup.
3. Tentang Kopi, Kangar, Perlis
Terletak di Kampung Nesam, Jalan Bintong, Kangar, Tentang Kopi merupakan sebuah destinasi penggemar kopi tempatan di negeri Indera Kayangan.
Kafe Tentang Kopi menawarkan pelbagai kopi serta pastri yang menarik kepada penggemarnya. Tidak hanya tertakluk kepada pencuci mulut, kafe ini turut menghidangkan makanan barat seperti mac and cheese dan hidangan pasta.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (12 tengahari - 10 malam)
4. Kopisor, Bachok, Kelantan
Orang Bachok pasti tahu akan kewujudan kafe ini. Terletak di Chabang Tiga Melawi, kafe ini terletak di deretan kedai yang menjadi tumpuan ramai.
Selain menawarkan kopi dengan harga yang berpatutan, anda patut cuba ‘burnt cheesecake’ yang dihidangkan di sini.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu (12 tengahari - 6 petang), Jumaat (3 petang - 6 petang)
5. Kopi dan Kudap, Kampung Tanjung Bukit Rakit, Terengganu
Kafe kecil ini sudah beberapa kali tular di laman Twitter kerana lokasinya yang sangat cantik. Terletak di kawasan ladang pokok kepala yang tinggi melangit, boleh kami simpulkan, kami teringin sangat nak sampai di Terengganu ni.
Kafe ini menawarkan kopi ais yang memang ‘best selller’ serta beberapa kudapan seperti roti bakar, pisang dan keledek goreng serta popiah. Memang ngam kalau petang-petang ambil angin sambil mengopi!
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (4 petang - 7 petang)
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
24/11/2024
02:45 MYT
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Unitar